Saturday 30 July 2011

Selamat Datang Ya Ramadhan...


Assalamualaikum semua sahabat2...di kesempatan ni Na dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semuaaaaa sahabat2 yang di alam maya dan di alam nyata (huhuhu..btui ke ayat?). Semoga kita semua mendapat keberkatan di Bulan yang mulia dan penuh rahmat ini. Semoga persahabatan dan perkenalan serta ilmu yg dikongsikan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Na juga dengan rendah dan ikhlas hati  ingin memohon kemaafaan andai ada salah dan silap kepada semua sahabat, kenalan dan sesiapa juga andai ada terkasar bahasa terguris rasa.
Semoga Ramadhan ini membawa sinar baru kepada kita semua...
SELAMAT BERPUASA !!!!!!!

Thursday 21 July 2011

Apam Dot Dot yg cumil

Assalamualaikum...dh minum petang ker? Jom minum teh ngan apam dot dot yg cumil2 ni. Semalam baru sampai seru nk buat apam ni. Org len dh berkali2 buat...So ni la hasinya. Syukurrr . Bleh gak buat ngap2 ptg2 ni....Resepi dh lama masuk list. Tenkiu yerrr tuan punya resepi...dari kak.lilydvalley. tp haku CNP dari dapoq kak Hana Jepun...(jepun lg ke). thanks kak Hana...minta Halal yerrr..
Senang yg amat membuat apam ni...x rugi ler mencuba kiranya..so sapa2 terasa teringin tu cuber2 la buat...
Minta izin tuan punya resepi nk tepek kat cni. Nnt nk buat senang nk cari..

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Tuesday 19 July 2011

SERIMUKA DURIAN

 Assalamualaikum dan selamat malam semua...apa korang masak arini? Erm...malam ni layan jek gambo Serimuka duyan yg haku buat semalam...semua dh selamat licin dh ponn...gambaq baru nk posing..hehhehee...projek smlm ni. Maklum la skrg kan musim buah doyan. Cemuih mkn saja try2 la resepi yg mabeles ni...mmg tak mengecewakan....bg haku mmg layan habisss beb.
Orang len dh berkali-kali buat. Haku ni baru try..alhamdulillah jd la bg yg baru2 blajaq cam haku nihh...tenkiu pada Kak Rima ,Kak Izah, kak Nor dan yg lain2 yg sudi share resepi......sifu2 nila yg byk membantu haku bab2 nk masak2 nih... Terima kasih sgt2. Kak Izah mapinn...mintak halal kita CNP dari gobok akak resepi ni.....tenkiu2

sumber: kak Rima 
copy: Kak Hana
Copy: Kak Izah


Bahan-bahan

Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)

Bahan-bahan

Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Sunday 17 July 2011

Alhamdulillah....


 Alhamdulillah kenduri Tahlil utk mak berjalan lancar...so x de nk bebel lama2 sbb nk pegi titumn dhhhh....korang layan jek gambaq2 dibawahh..daaa


 








Wednesday 13 July 2011

Apam Yogurt ...


 Assalamualaikum.....malam ni bersiaran balik...erm...bkn pe dh lama dh tak main masak2...rasanya dh lebih dari sebulan kut. Malam ni maleh nk layan perasaan yg ntah hape2, haku layan apam yogurt yg gebus gebas malatop neh. Big Boss pon kuar. Tinggai haku ngan anak2 jek. Sikakak dh bantai tdo td..bgn ja balun ketupat pulut cicah susu sampai 6 biji (saiz kecik jek). Dh x mau makan nasik lagik dh. Adik pon sama gak...tp adik makan 2 biji jek...makan susu je lebey. So sementelaah (hahahahaa..btui ka perkataan nih..huahuahua) haku tak yah suapkan nasi si kakak aku godek2 la buat apam nih untuk menghiburkan hati yg laraaaa...eceewaaaaaahhhhhh...bleh ka tara tu ayat? Hahahhhahahaa....yg pasti sonang bangat sih buat apam nih. Pastu sedap gilerrrr....perrghhhhh (sedap jer yg gilerr tau). Memang tak nyesal la menggodek malam nih. Pekena plak masa panas2 tu mmg bes, kebetulan plak cuaca sejuk2 baru lps hujan ni. Dh bopa ketoi pon tak tau dh haku balun. Apepon terima kasih la pada kakak2 pakar masak yg sudi share dan tayang2 apam nih. Tgk semua buat terutama Kak Nor, Kak Hasue, Kak Mas dan lain2( yg x tulih nama jgn majuk tau...tak larat list sebab dh ramai sgt dh buat) buat semua kembang setaman...kitanyer kembang pon cam malu2 jek. Yg pink langsung tak nak kembang..hujan kot dia sejuk..muekekekekeke...
Kak Hasue kita copy paste dari gobok akak td...halal yer...Kak Nor..thanks...


Apam Yogurt
Sumber:
Kak Nor@secubitgaramnor67.blogspot.com
sumber:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

1 1/3 cawan gula halus
1 tsp ovallete
2 cawan tepung
1 cawan fresh yoghurt atau (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)
2 biji telur
1/2 tsp double acting baking powder
1tsp cocoa powder (K.Nor skip)
1tsp chocolate paste
1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)

Cara2:
1.    Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
2.    Dalam bekas sesuai, pukul semua bahan2 sehingga sebati,gebu dan pekat. Adunan akan bertali jika diangkat dengan pengadun
3.    Tinggalkan sedikit adunan (lebih kurang 5 sudu besar) untuk dicampurkan serbuk koko dan coklat paste
4.    Masukkan adunan putih ke dalam cawan kertas dan sudukan sedikit warna coklat di atasnya. Kukus selama 15-20 minit. -hasue kukus selama 7-10 minit sahaja.



 Versi pink yg x mo mekar2....huhuhu

Tuesday 12 July 2011

Al-Fatihah buat MAK tercinta....

Al-Fatihah buat Arwah MAK tercinta
Hari ni dh 8 hari MAK pergi mengadap Penciptanya. Ya Allah...kau tempatkanlah IBUKU dikalangan hambamu yang beriman.....Sesungguhnya terlalu banyak pengorbanan mak buat kami. Terlalu singkat rasanya ruang untuk aku membalas segala budinya pada diriku...haku masih cuba memujuk hati agar menerima hakikat yg terlalu pedih dan menyakitkan ini. Sesungguhnya hati terlalu lemah untuk menerima takdir yg satu ini. Seringkali haku tewas bila kenangan2 lalu menjengah diminda. Terasa betapa singkatnya waktu bersama mak....kehilangan mak bagaikan separuh dari diriku telah hilang. Tak munkin ada galang gantinya ....Ya Allah berilah ketabahan buatku untuk menghadapi ujian Mu Ya Allah.
Setelah sebulan mak bertarung nyawa melawan penyakit...pada tanggal 4 Julai 2011 jam 8.25 malam mak menghembuskan nafasnya dipangkuanku. Pada 5 Julai 2011 jam 10 pagi mak selamat disemadikan bersebelahan kubur wan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....saat terakhir melihat mak, wajah Mak  begitu indah, tenang dan bahagia. Nampak seperti Mak sedang tersenyum bahagia. Alhamdulillah......
Mak...kak long rinnnduuuu sgt pada mak......Kak Long berdoa agar mak sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Semoga doa kami dapat menerangi mak di Sana....Aminnn..

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)