Saturday 26 January 2013

bebel je....

Assalamualaikum...Alhamdulillah harini ni Allah masih mengizinkan haku menghirup udara segar dan menatap wajah2 comel anak2 tercinta. Betapa indahnya wajah2 itu yang sering menceriakan hari-hariku..Ibu saaaayang kakak dan adik. Tiap2 pagi walaupon haku tetap kene bebel2 soh diorg siap kesekolah, semua tu dh jd rutin walaupon skrg dh rasa mengah2 dengan kandungan yg semakin membesar. Baby pon makin aktif jek golek2 dalam tuh. Tidoq malam pon dh x terasa cam tdoq lg...pusing kiri tak kene..kanan pon tak kene...pinggang pon makin kerap sakit. Sekejap2 akan jaga...kalau x leh tdo slalu haku bangun pegi bilik anak2 dan tatap wajah diorang masa diorang tengah tdo. Sukeeee....kdg2 rasa bersalah pula dok marah2 diorg tadinya. Tapi marah2 manje je. Maklumla la....bila aku dh terlalu penat atau letih ngan keja seharian, cepat sgt rasa nk marahnya...slalu haku bayangkan macamn la keadaan diorg kalau tetiba aku tak ada...boleh ke org jaga anak2 haku cam haku jage. Ya Allah panjangkanlah umurku demi anak2 kecil ini Ya Allah...hah, kan dh kate. Cepat jek nk emosional....huuhuhu..yela kan ...aku ni dh x de sesape dh nak harap, mak ayah pon dh takde. Kalau apa2 jd kat aku...............tak mampu aku nk bayangkan camna anak2 aku tu. isk3..nape la aku suka pikiaq camtu sejak dua menjak nih. Minggu ni haku rasa saaaaangat letih sampai nk bercakap pon rasa tak larat sangat. Nak makan pon tak dak perasaan. Mungkin letih berpindah rumah ni bayak mempengaruhi emosi kot. Sampai satu tahap aku rasa kosong ja...x da perasaan. Mesti org igt seronok kan pindah umah baru. Hakikatnya tu umah suami..kalau nk harapkan haku nk beli umah. Tak termampu la. Setakat nak beli senduk letak kat umah bleh la...maklumla keja pon kecik2 ja. Alhamdulillah boleh la nak bantu suami skit2. Nak beli menda yg ribu2..dalam mimpi je kot. So kalau org soh beli kluaq ayaq mata darah pon mmg tak mampu la ceritanya. So kena sedaq diri yer...tak de duit baik tak yah cita. Cita pon takde maknanya. Teringin??? Simpan ja dalam hati...syukur dengan apa yang ada. Jangan pandai2 dok komen. Minggu ni kandungan akan masuk 31 minggu...dh tak lama lagi akan bertambah la ahli keluarga. Tapi jujurnya satu persiapan pon haku tak buat lagi. Jangankan pegi jumpa Dr. untuk booking tempat bersalin atau scan 4D yang haku teringin sangat nak buat...baju atau perkakas baby pon satu haku tak sempat nak pegi cari lagi....tawakkal jela...harap2 tak berlaku perkara diluar jangkaan dalam masa ni. Insyaallah ada rezeki...selalunya saat2 camni semua dh ready satu beg dlm kereta. Maklumla.....haku ni kata je bleh drive sendiri tapi kalau nk kluaq jauh skit dari tpt yg biasa selalu kna la minta tolong org bawakkan...lgpon haku rasa lebih selamat kalu p mana2 ngan encik boss. Erm..takpala....kalau ada rezeki...buat masa skrg malas nk pikiaq. Biaq masa jela yg menentukan....terima jela seadanya.. Nak jalan2 pon tak terasa dh. Haku dh letih. Mak...rindunyaaaa

Friday 25 January 2013

Sekadar...

Assalamualaikum....Alhamdulillah pg ni haku masih diberi kesempatan jengah kat sini. Umah comel yg dh lama terabai dek kesibukan dan kelelahan keja2 seharian...

Syukur juga aku masih diberi masa dan kesempatan menatap wajah-wajah insan-insan tersayang. Sejak akhir2 ni dikala kandungan mencecah 30 minggu nih haku pon tak pasti mengapa perasaan selalu terasa begitu kosong, hiba dan sayu sangat. Adakah haku yg terlalu mengikut perasaan atauu yg  ada sesuatu yang akan atau bakal terjadi. Atau haku yg semakin sensitif...ntahla..mudahnya haku menitiskan airmata walaupon utk perkara-perkara kecil. Haku cuba mengelak utk merasa begini tp hati amat mudah tersentuh...yg pasti haku amat merindui insan2 yg menyayangi haku. Tapi apakan daya mereka semua dh pergi mengadap yg Maha Esa.....terasa sunyinya dan kosongnya tanpa insan2 itu yang menyayangi haku tanpa ada syaratnya....
Mak..rindunya Haku pada insan itu, selalu dia yang paling mengambil berat bila aku mengandung....ada saja yg dikongsi dan nasihat agar selalu menjaga diri...
Tiada siapa yg mampu menyayangi kita sepertimana dia...mmg amat terasa tiada siapa yg mampu menyayangi kita sepertimana dia...dan yang pasti haku tak rasa ada insan yg menyayangi haku saat ini.
Adanya haku disini bagiku  sekadar ada tanpa ada pengertian atau makna apa-apa. Sekadar ada untuk  melengkapkan watak. Sesungguhnya haku sekadar coretkan apa yg kurasa. Tiada niat menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapapon...sesungguhnya didunia ni kalau kita dilahirkan tanpa harta dan kekayaan, hidup pula menumpang orang, mmg sebelah mata pon kita tak dipandang walau apapon yg telah dilakukan...apalah sangat pengorbanan jika nak dibandingkan dengan harta dan wang ringgit kan???....
Haku amatlah memohon ampun dan maaf kpd sesiapa yg terasa...tiada niat menyalahkan sesiapa cuma haku sedar haku bukan yg terbaik. Sekadar melakukan sekadar yg haku termampu. Haku amat berharap haku tidak menyusahkan hidup atau membebankan hidup insan-insan disekeliling haku.....maafkan haku atas segala kesalahan. Ampunkan aku atas semua bebanan...

Tuesday 1 January 2013

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Assalamualaikum semua...

Lama-lama skali teringat kesini nk post gak something...Alhamdulillah usia kandungan haku dh menjangkau 27 minggu dh. Perut pon dh makin boyot...hehehe. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Permergian Ayahanda menjangkau hari ke 42 arini...Al Fatihah buat arwah Ayah dan Ibu tercinta.. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba2 yang soleh.. Amin.



Sesaje nk share info nih lps ada kwn2 post dlm FB....selamat membaca.. 

mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.    ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG BY @[459137274121348:274:Kelab persatuan wanita, isteri & ibu-ibu mengandung]  ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung  • suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. • hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. • selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. • jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. • ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim" • suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.     DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN  suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.  suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.  waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.  begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.









Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.




ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG 


ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung

•  suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup  
    yang paling dekat.

• hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam 
   terhadap isteri.

• selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk 
   tidur.

• jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

• ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta  
  subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan 
  Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang 
  zalim"

• suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan 
   selamat.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)