Tuesday, 1 January 2013

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Assalamualaikum semua...

Lama-lama skali teringat kesini nk post gak something...Alhamdulillah usia kandungan haku dh menjangkau 27 minggu dh. Perut pon dh makin boyot...hehehe. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Permergian Ayahanda menjangkau hari ke 42 arini...Al Fatihah buat arwah Ayah dan Ibu tercinta.. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba2 yang soleh.. Amin.



Sesaje nk share info nih lps ada kwn2 post dlm FB....selamat membaca.. 

mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.    ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG BY @[459137274121348:274:Kelab persatuan wanita, isteri & ibu-ibu mengandung]  ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung  • suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. • hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. • selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. • jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. • ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim" • suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.     DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN  suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.  suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.  waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.  begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.









Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.




ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG 


ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung

•  suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup  
    yang paling dekat.

• hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam 
   terhadap isteri.

• selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk 
   tidur.

• jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

• ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta  
  subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan 
  Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang 
  zalim"

• suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan 
   selamat.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

1 comment:

  1. Alhamdulillah.... syukur kalau punya suami seperti itu!

    ReplyDelete

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)