Sunday, 28 March 2010

Ikan Siakap Kukus....



Hehe..korang jgn pelik plak tetiba kuaq masakan kukus2 neh. Bkn apa jemu aa asik2 gulai, masak lemak. Makan cam ni bg aku lg baguih. Cume aku jarang buat sbb Mr. Hubby my laling tu kureng layan kukus2 neh. hahaha..tp aku dengan bangganya nk umumkan kali ni My laling tu bley kata sedap...perghh...cam x caya wooo. Laling haku ni payah la nk kata sedap kalo x btui2 sedap....Kembang setaman la hakuuu. Sukenyeee....Tp kan mmg sedap pon wehh.Kami berdua ja blasah sekoq ni.Mmg len kali nk buat lg la. Imbangan rasa masam pedas ngan aroma serai, halia n bunga kantan mmg ngam arrr.Apalg ngan bau limau. Haku pandai2 tambah ayaq lemon...muahahaha. Cuma smlm aku tanak nasik terkeras sket sbb beras baru.Beras basmathi laling haku baru beli. Aku x pandai nk budget air..hahahhaaa..cam x penah masak nasik. Potong stim btoi.hahahah. Kalo dak laju la laling aku blasah. Takpa2 lps ni okla...mende baru...kihkihkih.Makasih buat CMG kite share resepi ni...haku amik kat MyR..Resepi asal chef Florance Tan. Makaseyyy sumeee

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 biji Tomato-Hiris (pandai2 tambah seniri)*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

No comments:

Post a Comment

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)