Sunday, 3 April 2011

Ikan Tenggiri Pedas Masam Manis Kak DJ

Assalamualaikum & Selamat malam kengkawann. Dh makan malam ker? Kite baru sudah makan...burp..alhamdulillah kenyang banget. Syukur pada Allah kerana masih dilimpahkan dengan rezeki. Semoga Allah memberkati rezeki yang diberikan pada kami Ya Allah..Aminnnnnnn...
Uit2..korang jangan dok belek btui ka dak blog mekna ni...hehehehe btui la tu. Takde silap masuknya. Btui dah..ehehehe...(prasan sgt cam ler ada org dok masuk sgt blog dia ni).
Terima Kasih pada yang sudi singgah dan jengok kat sini. Len kali datang la lagiiii...eh..eh...eh awat la melalut sgt haku nih. Kak Hasueee ngko dh perturun ilmu kot Angin ke hapaa nihh? Cepat buleh ni haku nih....hahahaha..jangan marah kak Hasue ekk...gurau2 malam jek...ekekekee. Actually nk stori pasal menu makan malam ni sebenaqnya. Dh p merepek ke lain pula. Okesss..berbalik pada menu kita malam ni. Ikan Tenggiri Pedas Masam Manis Kak DJ. Apesal ada nama Kak DJ? La tu pon kena habaq juga ka...dh haku cedok resepi ni dari Dapoq kak DJ so untuk menghargai penat lelah kak DJ mengsharekan resepi yang sedap sampai terangkat-rangkat ni haku letak la nama Kak DJ. Tak salah kannnnnn??? Hah melalut lg..adussss. Apakena ekk malam ni...?Kak Hasueeeeeee......(dh rasa cam panjang sgt dh la tu N3).
Sebelum haku melalut sampai kuaq tajuk nih nk mintak izin Kak DJ nk tepek resepimu disini. Sedap nih. Len kali nk buat lg. So senang nk cari....



Tenggiri Pedas Masam Manis
Sumber:http://dayangjack.blogspot.com
bahan-bahan :
  • 6 ketul ikan tenggiri (digoreng spt biasa hingga masak)-haku buat 2 ketoi jek
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sos plum/sos masam manis/sos tomato
  • sos cili
  • garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sb cili giling/cili kisar
  • hirisan daun sup
  • cili benggala (dihiris dadu)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling/cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos plum, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian barulah dimasukkan bawang besar, cili benggala, garam, gula dan daun sup.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

No comments:

Post a Comment

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)