Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor
260gm tepung gandum

1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna


cara:

  1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
  4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
  5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
  6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
  7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
  8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
  10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
  11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi

note: sedap, lembut dan senang dibuat

source: puan aini salim (diubah sedikit)