Cubaan pertama aku menguli pau...ni kes tak tahan godaan tgk kat dapoq kak ummi kuantan ngan Mak lang Azie...x tahan btul tgk pau diorang gebus2 skali. Haku pon dgn semangat yang berkobar-kobar blk keja ari khamis tu terus uli pau.Sementara tgg pau naik sempat la aku masak utk mkn mlm.Haku masak yg sempoi2 jek.ari keja kan mn dan nk masak yang havoc2....so lps selesai masak tibalah masa untuk membentuk pau...ni la yg termampu aku buat..haku hentam letak atas kertas cc jek.maleh nk gunting2 dh. Tp x tau la saipa pau aku cam nk bantat skit x bopa nk gebu cam sifu2 tu. Tp ok la bg aku yg x penah buat..habih gak kami telan..muahahahaa...resepi asal dr CMG yang glamessss tu....CMG kite CNP jek..maleh nk taip dh..halal ekkk.....
BAHAN-BAHAN:
- 240 g tepung Hong Kong (Tepung halus)
- 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam (aku letak baking powder biasa ja)
- 1 tsp yis
- 25 gm shortening
- 100 ml air suam *
- 30 g gula halus *
- 1/2 tsp cuka *
CARA-CARA :
- Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
- Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
- Campurkan bahan yang bertanda *
- Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
- Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON'). Rinn guna mixer
- Perap doh selama 45 minit.
- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
- Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
- Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. (akak letak inti kacang merah)
- Letak pau diatas sekeping kertas (2 inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
- Perap pau lebih kurang 20 minit.
- Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit.
- Angkat dan sejukkan.
No comments:
Post a Comment