Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, 1 May 2012

Finger Garlic Bread & Roti inti Kacang merah





Buat N3 roti tengahari rembang ni...kes lapo tapi maleh nk kuaq lunch..asik lapo jek haku ni. Bila la nk diet nehh..hahahhaaa...
Masa dok belek2 gambaq ternampak gambaq finger garlic bread nih...sedapnya kalau dapat makan lagi ni. Yummy3. Bila la mood rajin nak mai nih....nk meroti lagi. Resepi ni amik kat dapoq kak izah Daut. Dh banyak kali dh buat roti yang seeedaaaappp ni. Thanks yer semua yg sudi kongsi-kongsikan resepi yag best ni. Resepi klik SINI okeh...maleh nk CnP dhhh..


Wednesday, 25 April 2012

Roti Kentang aka Potato Bread


Hehehhee..tertekan publish..blogspot dh tukaq templete ka...manyak ari sgt tak buat N3. Arini buka dh lain...huhuuhhu..kesian kat haku wehh. 
Tepek gambaq roti kentang plak arini. Arini monday punya projek. Gebus Gebas tapi haku letak skit plak kastad tu. Mau letak byk2 len kali baru terasa sedapnnyaaa...muaahahaha. Cicah ngan ayaq nescafe..perghhhh layan beb. Rasanya kalau letak kastad tu sebagai inti pon besh kannn? 
Roti ni terjadi sebab nak habiskan kentang yang dh rebus buat donat kentang aritu. Gambaq dobat x dan snap sbb buat malam sabtu tu, ahad haku mai keja, plan blk keja nk snap pic la kan..skali suda licin di baham oleh Bigbos..aiyaakkk. Kentang tu haku dengan tamaknya rebus 2 ketoi besaq. Jadi untuk mengelakkan pembaziran kita buat jek roti kentang gebus gebas ni. 
Resepi terserempak kat lemari kak Izah Daut...Terima kasih kak atas resepi yang dikongsi. Minta halalkan yer kiter CNP kat sini. Resepi asal dari dapoq CMG , dapoq kak Hana yang laamaaa menyepi tu. Kak Hana....jarang2 nampak N3 dia skrg. Apepon terima kasih semua yang sudi share resepi..semoga Allah jua yang membalas segala kebaikan anda semuaaaa.....terima Kaseyyyyy....


RESEPI ROTI KENTANG

by : matgebu@dapurtanpasempadan
copy: Kak hana@hanamemories
Sumber: Kak Izah 

Bahan-bahan
Bahan Doh
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
*saya tambah 2 ke 3 sudu mkn butter


Bahan Kastard
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara
UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang

Thursday, 19 April 2012

Roti Arab Readymade cicah Gulai Ikan Temenung

Assalamualaikum dan salam pagi jumaat. Yey...yey...arini offday..best2. Leh lepak2 kat umah ngan anak2. Leh rehat setelah seminggu bekerja,......minggu ni agak meletihkan. Otak dok asik pikiaq nak cutiii je. Bebel tu takde kena mengena ngan gambaq kat atas okeh....
Haaaaa...nila menu dinner merangkap bekpes pagi ni. Sedaaappp..pberet haku ni.Roti arab ni haku tak buat pon. En.Bigboss beli yang readymade punya kat ISTAFA mart di Jalan Pegawai, Alor Setar (cam promot plak). Semalam ada buat pulut durian tp silap bajet plak...cam tak cukup. Masa rendam pulut tu rasa cam banyak dh 2 pot nasi tu. Bila dh masak si kakak tu pulun makan bertambah2. Tak sampai hati ibu ngan abah nak ovr2 makan..kang takut tak culup pulak. So sebab perut stokin rasa cam lapaq plak lepas tu haku buat ja gulai ikan temenung sebb teringat ada roti arab ni dlam peti ess. Makan srg sebijik ngan Bigboss....cam makan kapas je...lembutttsssss..sedaapppp..Gulai buat kasi lebih habuan bekpes pagi ni skali. Pagi ni just panaskan gulai dan bakaq roti je..sempat la Bigboss bekpes sblm p keja td...Alhamdulillah atas rezekimu Ya Allah....kawan2 semua dh bekpes kerrrr? 

Friday, 30 March 2012

Basic Bread: Garlic Finger Bread..mabeles....

Assalamualaikum...harini sempat test Garlic Finger Bread..tergoda terus bila nengok kak Izah Daut dok posing baikk punye. Terus save resepi mmg kena buat juga, dok terasa2 dh kesedapannya. Hari cuti wajib buat jg. Dh siap dan dh makan pon, mmg best. Lembut gebu semua ada la...mabelessss...tapi malas nk buat mushroom soup..makan saje pon sodaaappp... thanks kepada semua yang berkongsi resepi dan mencetuskan ilham. Kak Izah Daut saye CnP dari blog akak je,jgn mareee.....thanks yek semuaaaa.. .nengok dapoq kak Mas Duniaku pon dh buat..sedap kan kak... ...



BASIC BREAD RECIPE
Sumber dan CnP dari blog : Kak Izah Daut
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana & Ika


Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum- kite gune tepung roti
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak-letak juge
1 sk bread improver- optional - izah letak-letak juge
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- tun x letak *tak letak

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau-kita gune kaedah ini yeww

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

GARLIC SPREAD
sumber:  Kak Izahkak Yatie @ kak Madihaa

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!

Tuesday, 20 March 2012

Yogurt Bread yang lembutsss


Merajinkan diri buat roti lagikss sebab encik Bigboss mmg suuuukaaaa makan roti. Jadinya sebagai isteri mithali kita kenala utamakan suami kan..kan..kan...mithali la sgt kunun. Tapi semestinya kena ikut selera dia kan sebab dia yg belikan breadmaker tu..hehehe....Roti ni mmg lembut dan gebussssssssss...tapi sayangnya sebab letak dalam bekas ni, roti dh jadi kering sket..len kali kena la letak dalam tupperware la. Supaya dapat mengekalkan kelembapannya...Resepi di cedok dari My Resepi from Fendi..tenkiu tuan punya resepi...


ROTI YOGURT

Bahan-bahan ( 1 )
250g tepung roti
100g yogurt
60g susu
25g telur
20g gula
3g garam
30g marjerin
2.5g dry yeast

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.

Monday, 27 February 2012

Basic Sweet Dough Again...




Menu Ulang tayang...asik dok ulang2 buat roti ni jerr...menepati citarasa anak tekak sekeluarga, tambah2 bigboss sbb dia peminat roti tegar...kalau nk cari resepi leh p dapoq kak Nor Azmihah Mohamed sbb I pon copy dari sana. Tenkiu kak. Kalu nk cr kat dapoq haku pon ada...pepandai la korang cari noh....haku maleh nk cr dh..hahahahahahah..okess nk p memberus baju sekolah anak jap...see u....muah2

Saturday, 4 February 2012

BASIC SWEET DOUGH


Ni kiranya N3 tertungak-tunggak. Dh lama buat tapi tak dan buat N3 pon. Nak buat cemana. Bz jo semedang aih. Apa yg dibzkan pon tak tau. Fuhhh.....tp sebelum haku start melapis kek haku nk layoq gak roti yg mabeles nyum...nyum punya la best. Kiranya ni la antara roti yang haku penhg cuba dan menepati citarasa seisi rumah terutama Bigboss lew...selain Hokkaido Milk Loaf roti ni mmg terbaekkk....resepi asal dari Mamafami. Haku tercopy dari dapoq blogger masak popular Kak Nor Secubit Garam. Kak Nor lak amik kat Dapoq Blogger masak tersohor siapa lg Encik CMG kite lerr...Tenkiu semua yerrr....jasa anda semua sentiasa dikenang. Terima kasih selalu berkongsi resepi buat kite2 yg dok belajar masak ni. Harap di halalkan resepi ni yer... Kak Nor, mekna minta izin copy paste kat sini tau...nak tgk macam2 versi sila ke SINI . 

BASIC SWEET DOUGH
Sumber : MAMAFAMI, KAK NOR SECUBIT GARAM, CMG


400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Friday, 27 January 2012

Sandwich Loaf


Assalamualaikum....dan gud monin. Dh bekpes ker kwn2..hohoho dh koi 11 br tanya bekpes. Dh nk makan tgh kan. Takpala haku tetap nk tanya camtu.bleh kan. N3 roti lagik. Permintaan dari Bigboss. Okess nk p masak dulu...kang lambat bleh makan pula kan.
Resepi digodek kat dapoq CMG. Thanks yer CMG.....izinkan kita letakkan resepi kat cni yer...

BAHAN DOH SPAN :-)
2 camca teh instant yeast
2 camca besar air
300 g tepung roti
175 ml air sejuk (dari peti sejuk)

BAHAN DOH UTAMA :-)
200 g tepung roti
35 g gula halus
1 camca teh garam
1 camca besar susu tepung (jgn beli "made in China" punya okeyyy!!!)\
100 g whipping cream
30 g lemak sayur (shortening)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. DOH SPAN :- Satukaan instant yeast dengan 2 camca besar air, kacau rata dan biar 10 minit. Kemudian masukkan tepung dan tuang air sedikit demi sedikit sambul digaul hingga menjadi doh. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas kedap udara. Biar menapai selama 2 1/2 jam. Ia akan naik seperti adunan apam.
  2. DOH UTAMA :- Satukan semua bahan lain ke dalam no. 1, kecuali lemak sayur. Adun hingga sebati dan masukkan lemak sayur, uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin, kena uli lama sikit untuk mendapatkan tekstur seperti ini. Bagi kepada 4 bahagian sama besar, bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ratakan doh, gulung seperti swiss roll. Buat hingga siap dan rehatkan 10 minit. Ulang sekali lagi proses yang sama dan susun dalam tin Pullman yang berukuran (28 x 11 x 11) cm yang telah disapu mentega secara bertidih, 2 gulung dibawah dan 2 lagi diatasnya. Biar selama 45 minit. Tutup dengan acuan dan bakar pada suhu 200C selama 35 minit. Keluarkan serta merta dari tin dan sejukkan atas jaringan.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan no. 1 ke dalam breadmaker, tambah bahan2 doh utama, pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biarkan BM menguli selama lebih kurang 30 minit. Keluarkan dari BM dan teruskan dengan langkah no. 2 (BM biasanya mengambil masa 30 minit untuk menguli dan 1 jam untuk memerap doh, untuk resipi ini, kita cuma perlukan BM menguli sahaja, bergantung pada jenis BM masing2).

Friday, 30 December 2011

WONDERFULLY SOFT BREAD

 Wow roti yg sgt2 gebus dan sedap dimakan...plan nk buat kecik2 jerr...tp jd saiz sederhana plak. Apapon dh selamat 3bj bg edisi testing uji rasa..muahahahaha...rasa baru tu..kalau makan harus  habih semua...haku buat  plain jer. Bla nk malakn baru belah tgh sapu butter pastu letak apricot jem skit..mmg mabeles....Thank yer kak Yat...nk tgk yg gebas2 tahap terbaekk punya kene la p kat blog kak yat Maria okehhhh....halal yer kak Yat kita cnp sini.....

WONDERFULLY SOFT BREAD

Sumber: Yat Maria
Ingredients :

310g bread flour
60g cake plain flour
40g Nestle CoffeeMate milk powder
115ml skim milk (fresh milk)
20g condensed milk
55g castor sugar
3g salt
7g instant yeast
1 egg + 2 egg yolks (I used 2 large eggs)
40g butter (room temperature)

Egg Glace : 1 egg lightly beaten with 1 teaspoon water fresh milk



Method :

1. Sieve flour mixture into a large mixing bowl.
2. Make a well in the middle of flour mixture and add in all the rest of ingredients except butter.
3. Mix till a dough is formed and knead in the butter till you get a smooth dough.
4. Prove dough for 50 minutes or till double in size.
5. Divide dough into 12 portions of 60g each and shape it or wrap in the filling. Prove for another 50 minutes or till double in size.
6. Brush with egg wash and bake at 190C for 15 minutes or till cooked.

Note :

I used my breadmaker to do the job for me...

Source: Mamafami... TQ Ma..

Adapted fr: Florence's blog

Saturday, 17 December 2011

Hokkaido Milk Loaf

AIII....melepaskan penat melepak kat sini sat kena paksa rela keja pada ari sabtu. Huwaaa...agak ketensenan jg la sebab sabtu ni ari nk p dating2, manja2 ngan anak2, ari shopping2...tapi kerana  tugas ku berkorban jua. Kenduri semua tak sempat nk p. Igt abis awai. Tup2 koi 6 ptg baru settle...huhuhuhu. Nasib2.
hahaha...jd sesi luahan perasan la plak. So semak apa menda makan kat atas tu hokeh. Roti yg paling best haku berjaya buat setakat ini. Hokkaido milk loaf nama diberi. Memang mabeles, gebus gebas dan wangi jek. Walau pon dh sejuk roti ni maintain gebu lagik. bagus2. Blk keja td tgk dh tinggai 2 keping. Dari kajian dan pemerhatian kena wuat lagik nampaknya. Mendapat permintaan yang tinggi...muhahahahaha...Terima kasih pada kawan2 dan sifu2 yang rajin dok tayang roti ni. Resepi ni kita kidnap kat dapoq kak Noreen. Tenkiu very much kak Noreen....izinkan kita nk tepek kat sini pulak yer
 
 sumber:http://noreen-homecooking.blogspot.com
Bahan-bahan (1 loaf about 500gm):
220gm tepung roti
30gm tepung kek
3gm garam
3gm (1 camt) instant yeast
35gm gula pasir
40gm telur putih - dalam 2 biji telur
100ml hokkaido/fresh milk
45ml whipping cream
15gm mentega cair

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. tunggu sehingga siap
  2. kemudian keluarkan dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  3. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin. bentukkan doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min (proses nie penting supaya senang untuk canaikan doh)
  4. selepas itu bahagikan doh kepada dua dengan setiap satu seberat 250gm
  5. ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular. gulungkan seperti swiss roll
  6. lakukan sehingga habis dan masukkan ke dalam loaf pan yang telah digris dengan mentega
  7. biarkan doh naik dua kali ganda dalam 45min ke 1 jam
  8. panaskan oven pada suhu 170C
  9. sapukan permukaan roti dengan sedikit susu segar dan bakar selama 30min atau sehingga masak

Thursday, 17 November 2011

Bun Nescafe Filled with Tablerone Chocolate Kak Ros Jintan Manis


 Stok last tepung high protein kat umah....bila la nk p cr bahan2 baking pulak nih. Banyak lg resepi roti nk cuba ni. hehehehe,,,,keciwi tak abih g....Resepi ni darpada kak Ros Jintan manis. Memang banyak resepi roti kat blog dia..Masa membakar roti ni mmg harum satu umah ngan bau nescafe...Fizikalnya mmg gebus gebas ...tp rasa kureng skit munin haku terkurang gula rasanya. Takpa,,,len kali akan di adjust . Apepon roti ni mmg lembut sgt. Akan cuba lg nanti...Halalkan yer kita amik resepi dan tepek kat cni.

Geeebusss kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...sila abaikan tgn itewwww

 Bahan bahan

180 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
3/4 biji telur
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu besar yis
100ml susu segar
2 sudu besar gula
1 paket nescafe excella (kite guna nescafe 3 in 1)
3 paket mini tablerone coklat

Cara-cara
1) Kalau ada BM pilih menu dough dan ON jer, kalau takde campurkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali marjerin dan uli hingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dn lembut. Perap doh selama 1 jam

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh isikan inti coklat toblerone yang telah dipotong kecil

4) Atur roti yang telah disediakan ke dalam loyang 4 segi yang telah dilenser dengan marjerin. Perap sehingga roti naik dua kali ganda

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Gliss roti dengan baki telur + 1/2 sudu kecil susu dan beberapa titik madu dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga perang. Bila roti sudah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan marjerin.

6) Sejukkan roti di atas redai dan simpan didalam bekas kedap udara , sedia untuk dihidangkan dan amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.

Friday, 11 November 2011

Pizza Gebu resepi Cik Mat Gebu...

Pagi td bekpes ngan Cream Puff...malam ni kita dinner ngan Pizza pulak okeh. Ternak lemak lagi ni...hedehh..Usha tengok topingnya udah le, lemak berkrin tuuu. Bertimbun-timbun. Apapon memang tangkap lentok laa layan pizza ni. Bestt..sedap dimakan panas2. Sempat snap yg ni jer..masa potong dh tak sempat lg nk snap. Semua tak sabo2 nk ngap....Topping pizza ni haku humban jek apa yg ada dalam peti ais tu. Capsicum (btui ka eja nih?) pon tak da. Haku bantai letak mix vege je...masa kuarkan bahan2 utk topping tu terperasan sosej sudah monopous daaaaa. Panik jugak sekejap td sebab Base dh siap uli...cepat2 haku sms  Bigbos minta tolong dia belikan sosej +mayonis on the way dia blk keja tu. Alhamdulillah...selamat. Kalau idak jd pizza vegetarian la. Letak sayoq saja..haaa...ntah2 sedap pa noh...
Resepi cam biasa haku skodeng kat Dapoq Cik Mat Gebu yang pames amos tu...Tenkiu CMG. Minta halalkan ilmu yg kita amik ni..pastu kita CnP skali (melampau btui haku kan...malas cap apapon tak tau). Apapon siyes cakap pizza ni mmg kena la ngan anak tekak dan perut stokin haku....hahahahhaa..caiyok2..semak resepi marbeles ni...
Pstttt..psssstttt...keju mozarella lebih byk lagi..esok lusa tulat tungging buyung ada lg la pizza dok posing kat sini....hahhha. keciwi x abih g nihhhhhh

Pizza Gebu 
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
4 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
4 camca besar mayonnaise

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Letak 2 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato, ratakan. Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk satu bahagian lagi..

Wednesday, 2 November 2011

Kelahiran sulong....BUN PANDAN BERKAYA


Rootiiii............Roootiii. Panas....panass...Aik dh tdo ke semuaaa? Baru siap bako roti ni. Masih berasap g dh tak sabo2 haku nk snap. Kes dok keciwi BM. Dh dapat idaman kalbu mn leh tahan nk cuba..mende baru le katakannnn. Td blk keja teruih belek2 manual camna nk guna. Punya la xcited nk guna sampai buat adunan lupa letak mentega...hancussss roti keras sopa ketoi batu...Bigbos siap gelak sakan td..tensennnnnn jek. Pastu haku rilex sat, bg cool dlu hangin tension td. Masak makan malam lu. Lps makan start blk projek tak jd td. Buat lain adunan....Alhamdulillah. Gebus Gebassssssssss....muhehehehee. Dok sennyum sensorang la ni sbb semua dh lentok dibuai mimpi abih dah. Dh masak tat sat haku balun sebiji..saja try test apa rasa...nyum2. Mmg gebus dan sedap la pulakk,...panas2 mmg layan beb..Respi telah diskodeng di dapoq Chef CMG. Tenkiu CMG...minta halalkan ye resepi ni...sedap. Tp ampunnnn kita terpaksa menderhaka sebab kan sekaya tak da stok. Jadi kita tukaq letak inti kacang merah kat dalam....jgn mare nnt ilang awet muda tau....hehehehhe...So ni kira product sulung...eh kedua la kan?kan? memula yg kene sumpah jd ketoi batu td tu...erm...syukur alhamdulillah. Erm nk ucap tima kacih banyak dua ratus juta kali juga kat Cayangku My laling BIGBOSS sebab  sponsor BM idaman kalbu ku ini. Dh lama wooo do meroyan ke benda ni. Mmg rezeki la smlm kuar and lalu depan kedai tu dia dok display baik punya tepi cermin kedai. Terus masuk tanya, mmg baru sampai stok dan ada satu tu ja. Mmg rezeki btui la. Pastu rezeki jg bisboss sudi belikan. Tenkiu2..okeh haku nk tepek resepi supaya senang haku nk buat lg. Tak yah melilau cari rata dh....


 BUN PANDAN BERKAYA
sumber: CMG@tiffinbiru
sumber: Rincchan

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...

 

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)