Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Saturday, 26 June 2010

Spageti la pulakkk



eheheee...ok tak spageti haku..hahahaa.Resepi telah dicilok kat dapoq kak DJ.Sempoi sgt.Haku suke2.Ni menu dinner haku mlm jumaat lps.Mr.Hubby g sukan ILP nyer.So Haku buat jek menu sempoi2 utk kami anak banak. Lgpon mr.hubby x bopa layan western2 neh...eheheehehe.Ni la pestime haku wuat spageti.hahahahaaa...ok Kak Dj tima kacih no share resepi nih.Kita CnP ye buat rujukan kite...tq kak ...


Bahan-bahan untuk sos mengikut versi Kak DJ :

* 200 gm daging cincang
* 2 ulas bawang putih (dicincang)
* 4 sb puri tomato
* 1 sb sos tomato
* 1 sb sos cili
* 1/2 sb stok ayam
* 1 biji tomato (dihiris dadu)
* 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
* sedikit lada sulah
* 1/2 sdt serbuk lada hitam
* sedikit oregano
* garam dan gula secukupnya
* 1 sb mentega

Cara-cara : Cairkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau. Masukkan puri tomato. Kacau sebati. Kemudian masukkan daging cincang dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar. Kemudian masukkan stok ayam, sos tomato dan sos cili. Kacau lagi. Masukkan pula tomato, lada sulah, serbuk lada hitam, oregano, diikuti garam dan sedikit gula. Setelah masak, tutupkan api dan biarkan ia merenih sebentar. Hidangkan bersama spageti yang sudah direbus atau pasta pilihan.

Wednesday, 10 March 2010

Seafood Lasagna


Bekas ni punya la gedabak. Kalo aku nk habiskan sume mau 4 ari 4 malam.
Belum tentu habis tu pon

Alhamdulillah tercapai gak la hasrat aku nk buat Lasagna nih. Gediks2 sgt nk buat.Hamek ko punya la byk sbb aku dh tertamak haku dh double kan bahan2 dia. skali nah hamek ko......sampai terlebey penuh dh bekas. Resepi digodek dr dapoq kak DJ. Kak DJ..tq very much. Tp kan kite nk mintak ampon coz dh menderhaka sket. Susu segar kite x ckp so kita bantai ja boh susu cair...hahaha.Ampon ekkk. Papepon mmg dap aa lasagna ni. Ni la pestime haku buat n rasa. Mkn sepotong pon dh kenyang.Aku suka...Cuma mr.Hubbyku itew kureng layan sket western2 neh. Maklum la perut pure melayu. Dia mkn gitu2 jek. Xdak la nk pulun sgt...hehehe.Oregano tu aku paksa kak Suzi (mamasyaza) teman haku g beli kat cmart time rehat.Kat umah mana nk ada mende tu. x nah guna pon. So mmg rezeki kwn2 yg berdekatan la pakat2 rasa srg sket.Sedap x sedap korang mkn je la ekkk....haku mn tau rasa dia camna.Mmg follow resepi idup2..hahahaha.Pg ni balen tu aku tapau mai opis.Kira sarapan aaa...so Kak DJ kite CnP jek...buat rujukan aku dan kot2 ada kwn2 nk cuba.mmg malas btui haku nihhh kalo bab nak taip blk resepi. Bkn apa takut silap lak (alasan je tuu)....minta halal yek resepinya.


Seafood Lasagna

Bahan A :
  • 4 keping pasta lasagna(dicelur)
  • sedikit udang basah (dicincang) (haku tambah daging cincang)
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • sedikit lada sulah/serbuk lada hitam
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukupnya
Bahan B:
  • 500 ml susu segar (sbb haku buat double susu x ckp aku tambah susu cair)
  • 125 g tepung gandum
  • 150 g mentega
  • sedikit garam
Bahan hiasan :
  • cili benggala (dihiris dadu kecil)
  • sedikit terung panjang (dhiris dan digoreng)
  • keju parut secukupnya
Cara-cara :
  1. Bahan A : Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan puri tomato, serbuk lada sulah/lada hitam serta oregano. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  2. Kemudian masukkan isi udang, garam dan gula secukupnya. Kacau beberapa saat dan tutupkan api.
  3. Bahan B: Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2. Kemudian tuangkan susu segar dan garam. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
  4. Sediakan bekas yg bersesuaian. Griskan dgn mentega. Susunkan kepingan pasta/lasagna yg sudah dicelur tadi.
  5. Kemudian ratakan dgn bahan inti. Susunkan hirisan terung dgn kemas dan taburkan dgn cili benggala.
  6. Tuangkan bahan B ke atas bahan inti tadi.Ulangi proses sehingga diakhiri dgn Bahan B. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan bekas tersebut.
  7. Taburkan keju parut secukupnya dan hiaskan dgn oregano.
  8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 140C atau sehingga keperangan.

Saturday, 5 September 2009

Potato Croquette



Wahhh..lama haku x jengok umahku nan satu ini....kali ni haku telah mengopy resepi dr kak Yani land lord @MyR. Asalnye nengok kat dapoq kak Hana nun....pehtu Kak Ummi plak tayang...mana aciiii...haku pon teringin gaks...nk minta sume jauh2....so ari khamis lps aku nekad.....aku nk jugak.....kihkihkih.....terok sungguh tahap keterujaan ku itew...kihkihkih...so ni lah hasilnya.......walaupon x secun cam Kak Hana dan Kak Ummi punya...ku tetap berbangga coz aku berjaya gak buat...kehkekehkkk(kembang idung2)....resepi copy paste je nihhh.....tq kak Yani, Kak Hana n kak Ummi.........

Bahan-bahan:-
  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara:-

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu.
  2. Potong dadu bawang besar. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  4. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  6. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs.
  7. Goreng dalam minyak penuh.

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)