Saturday 12 May 2012

Bluberry & Strawberry Tiramisu In Jar







Yihaaaaa...berjaya gak cari balang kaca nihhh...susah sangat la nak jumpa kot belah utara ni. Puas gak haku melilau 4-5 kali kot kedai bakery kat Aloq Staq, harini ketemu juga. Fuhhhh...lama dah dok menahan perasan nak cuba buat kek dalam jar yg tgh pames amos skrg ni....Sebenaqnya nak sgt buat Rainbow kek tapi dh lewat sgt malas plak nk bakaq bagai. Kita cube yang senang2. Tiramisu. Tak yah bakaq2 kek bagai. Gune je lady finger kan sonang...Terima kasih kasih gak buat Encik Bigboss kerana sporting abis melayan aweks dia yg ngengada nak p beli balang ni jugak...ahaksss...tankiu laling. Sib bek jumpa gak..kalau dak hmmm..mau tensen dia sebab dok sebut2 jaaa...
Memang x dan nk tgg esok dh nak cuba buat kek dalam balang ni (Mamasyaza anda tentu paham peel adikmu yg sorang ni yg mmg tak penah belajaq sabaq2 kalau nk sesuatu)..hhehehehee..
Jadi Selamat Hari Ibu buat semuaaaa yg bergelar Ibu......
Kita sambut ngan Tiramisu...nyum3..opsss..lupa plak. Tenkiu bebanyak kat Kak Nor Azmihah dan Kak Rabiatun kerana share resepi ni. Kite x buat sirap sbb malas. Kita letak strawberry ngan blueberry filing terusssss...
Izinkan saye share resepi kat cni yerrr....



STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)


Nota Kak Nor

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup





9 comments:

  1. Salam. Di mana saya boleh dapatkan jar itu di Alor Setar? Tq.

    ReplyDelete
  2. Askum. Lawanya. Nak tanya, area utara ni, tang mana nak cari jar tu? Macam mana nak contact Mek Na utk tempahan fruit tart.

    Anne

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam....

    Maaf Anonymous sebab saya baru buka blog....saya beli kat kedai Sugar & Flour Alor Setar.

    Bleh add FB saya Rusna Abdul Rashid...

    ReplyDelete
  4. cantik nya kek dia...balang pun cantik...deco pun cantik....:)

    ReplyDelete
  5. cantiknya kak ;) kat mana nak dapt jar tu kak? kat kemaman ni tak jumpa2 lagi...

    selamat hari ibu untuk akak :)

    ReplyDelete
  6. dapurCikWan: Kak bli kedai bakery di Alor Setar....tu pon puas cari la jgk. Selamat Hari Ibu juga ye...

    ReplyDelete
  7. nampak dari luar dh taw kesedapannyew...yummylicious...teringin nk wat tp tule nk tengah mencari2 jar..ssh nk cri area melaka ni..

    ReplyDelete
  8. sedapppnyeee... hanya mampu telan air liur.. bertuahnya tangan pandai wat macam2..

    ReplyDelete

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)