Asik-asik kek lapis kan? hahahaha....nk buat camna., mood M tgh membuak2. So layan ajela. Kek ni haku buat skali ngan kek lapis Kukus Hawflakes tu cuma yg ni letak coklat chips je. Tapi rasa tetap mabeles. Sikakak makan banyak kek,,,dia suka coklat chips tu. Selebih haku makan kat opis lerr..bekalan habuan kunyah2. Kek ni kecik je kalau x silap aku guna loyang 7X3 rasanya. So saiz yg sesuwai untuk rakyat jelata kat umah nihh... skali pandang macam buah tembikai plak kaler dia. Tp takpajanji semua merasa . layannnzzzzz
Story Mory berkaitan Masak-Masak#Baking-Baking#Deko-Deko#Anak-Anak#Carca merba kehidupan#
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Wednesday, 1 February 2012
Monday, 30 January 2012
Kek Lapis Kukus Asam Manis @ Hawflakes
Bila dh start anak sekolah ni bz jerkk rasa (ecececee...kunun). Nk lepaks2 kat cni pon agak terhad. Dh jd cam cipsmore n3 kt blog ni. Bukan x dak masak tp x dan nk edit dan upload gambaq plus baloq liat...(yg last tu yg lebeynyaaaa...kikiikikiki)
Ha..kek yg dok tergolek kat atas tu buat ari sabtu lps. Dh lama x buat kek Asam Manis @ Hawflakes ni. Dh berkarat skil akakk ni. Kena la rujuk resepi blk. Kek ni leceh sebab kena kukus selapis2 tu la. Dia lama skit tara nk habis lapisan tu. Tu yg slalu dok bertagak jek...x larat nk berkawat tara nk siap sebiji pon. Pastu umah dh rasa cam sauna jadinya. Yang tu yg x tahan tuuuu..kalau ari cuti hingga la sebab leh buka pintu tingkap semua. Kalau buat malam..huhuhuhuuhu..sendiri mau tau laaa...
Resepi penah tepek kat sini dh. Pandai2 la korang godek2..haku malas ni,..ahakas..
Monday, 17 October 2011
Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes)
Kek Lapis Serawak yg begitu sedap sekali. Yang ni jer sempat snap sbb kek ni haku buat untuk kenduri doa selamat MIL and FIL nk ke Tanah Suci. Alhamdulillah diorang dh selamat sampai ke Makkah. Syukur....semoga Mak dan Ayah dipermudahkan segala urusan di sana...Aminn,.
Dulu haku penah cuba kek resepi dari Bro Rozzan. Kali ni cuba resepi K1 @blog CitarasaWan. Terima kasih kepada kedua2 nya kerana sudi berkongsi resepi.Kite minta k1 dan bro Rozzan Halalkan yer resepi yg kita amik dan guna ni. Nak tgk kek lapis diorang kena lerr p blog sifu2 ni okeh.
Okeh la...Resepi insyaallah bila Mood M datang kita update.
Thursday, 22 September 2011
Kek Lapis Koko Moca..cerita raya punya
Malam ni tepek gambaq kek raya aritu...hehehe...lama perap gambaq ni kes malas nk edittt...kek yg mmg sedap sangat..aku suka2. Terima kasih pada kak Wan dan Kak Azlita....resepi asal dari kak Wan Citarasawan...terskodeng kat dapoq kak Ita...kek haku sememeh le skit tp kalau korang nk tgk yg cun sila tgk kat blog sifu2 okehhh....Tangan kak Ita & Kak Wan ni mmg bersenii..cantik sgt kek diorang....terima kasih semua. Minta izin tuan punya resepi nk tepek kat sini...len kali nk buat senang nk refer...
By: Kak Wan
sumber: kak Azlita
Bahan A
250 gm mentega
150 gm gula castor
5 sudu makan susu pekat manis
14 biji kuning telur
250 gm mentega
150 gm gula castor
5 sudu makan susu pekat manis
14 biji kuning telur
Satukan mentega, gula castor dan susu dalam mixer dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan ini dalam satu bekas dan ketepikan.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan ini dalam satu bekas dan ketepikan.
Bahan B
150 gm gula castor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk tatar
Dalam bekas lain pukul pula putih telur sampai berbuih
Tambahkan gula dan serbuk tatar dan pukul lagi hingga kaku.
Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan tu tak jatuh
Ketepikan
Bahan C
160 gm tepung Hong Kong
40 gm serbuk Holick
1 sudu teh baking powder
160 gm tepung Hong Kong
40 gm serbuk Holick
1 sudu teh baking powder
Satukan semua bahan C dan ayak.
Masukkan semua bahan C yang telah di ayak ke dalam adunan A dan gaul perlahan hingga sebati
Tuang pula adunan B dan gaul lagi hingga bercampur sempurna.
Masukkan semua bahan C yang telah di ayak ke dalam adunan A dan gaul perlahan hingga sebati
Tuang pula adunan B dan gaul lagi hingga bercampur sempurna.
Wednesday, 21 September 2011
Kek Lapis Asam Manis (Haw Flakes) versi bako
Posing sebijik jela..x leh posing yg potong sebab org yg punyeeee.....
Assalamualaikum dan selamat malam semua......Alhamdulillah malam ni berkesempatan melepakkan diri kat sini. Nekad dh malam ni nk tepek gak kek lapis yg sempat baking semalam. Kek ni request by Bigboss untuk dibawa ke jamuan Raya Pejabat dia arini. Haku siap beli loyang besarrrr punya khas untuk nk buat kek nih. Saiz loyang ni 14x14x3. Mmg besar so haku buat 2 adunan dan rasanya dapat 9 layer je kalau x silap. Pastu bleh plak haku terlupa beli kotak nk isi kek ni...huhuhu. Bigboss bawa camtu je tanpa kotak. Sory yerr boss adinda lupa...keh3. Masa bakaq kek ni mmg berdebar2 juga takut tak menjadi...ni pestime haku buat kek lapis asam manis ni versi bako...sblm ni kukus jek. 3 jam juga haku dok tunggu kek ni masak. Syukur alhamdulillah hasilnya x mengecewakan....Tp kalau dipikiaq2 bab jumlah teloq yg digunakan tu leh pengsan wehhh. Untuk 2 adunan ni haku telah mengorbankan 2o biji telur dan hampir 1kg butter...erkk...nk pengsan2. tu pon haku guna butter biasa jek. Kalau guna SCS perghhhh....mmg pengsan terus. Hahahahahaah...Resepi telah dikidnap kat umah Bro Rozzan..terima yer. Minta Halal resepi nk tepek kat sini untuk rujukan dimasa depan....terima kasih sudi berkongsi resepi.....
KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)
Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)
Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.
2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.
3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.
4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
acar
(1)
anak-anak
(4)
Apam polkadot
(2)
asam pedas
(2)
award
(2)
Ayam
(5)
biskut
(7)
BM
(1)
Brownies
(5)
bubur
(6)
buku
(1)
Cake
(91)
Cake Deco
(1)
cake in jar
(7)
Cerita
(1)
Cheese
(1)
Cheesecake
(16)
coklat
(2)
contest
(1)
cream puff
(2)
cupcake/Muffin
(27)
Daging
(7)
Dalca
(1)
Dessert
(12)
GA
(2)
Hantaran
(1)
Ikan
(23)
Info
(6)
Jalan-jalan
(2)
Jualan
(1)
Kek
(26)
Kek Lapis
(5)
Kerang
(1)
kuih muih
(31)
Lauk Pauk
(45)
Mak
(1)
makan
(1)
mee
(26)
Mengandung
(1)
Minuman
(4)
muffin
(2)
muhasabah
(1)
Mutiara Hati
(1)
Nasi
(9)
oven
(1)
pasta
(2)
Pizza
(4)
Puding
(2)
Pulut
(1)
Raya
(1)
Roti
(20)
Sayur
(16)
Seafood
(14)
sotong
(4)
Steamboat
(2)
Stori Mori
(2)
Stori Mory
(1)
Story mory
(143)
Sup
(7)
Tart
(27)
tat
(7)
tiramisu
(2)
Tools
(1)
Triffle
(4)
udang
(6)
Western
(3)






