Showing posts with label Story mory. Show all posts
Showing posts with label Story mory. Show all posts

Sunday, 24 August 2014

Salam kerinduan di penghujung syawal



Assalamualaikum pada semua yg masih igt kat haku ni...hehehe...bersawang teghok dh la umah kecik ni...skrg ni pasaipa pon x tau x dan nk jengok2 cni.  hahaha....sejak bertambah ahli aritu mmg selalu umah ni bergelap...tuan dia x dan nk jengok...ntahla..bkn apa kdg2 ghisau apa yg ditulis menyebabkan ada hati yg terguris...walaupon x da niat sebegitu....masak2 tetap berjalan seperti biasa cuma kdg x sempat nk snap gambaq...kalut apa pon x taula...semoga hari ini membawa sesuatu yg indah buat semua dan buat haku jugaaa....salammm sayanggg.... 

Wednesday, 13 February 2013

WEEK 33 & Tahniah Kak Ros




Only 7 more weeks to go

If you haven't noticed yet, I'm carrying an impressive 5 lbs and 17 inches of baby goodness inside my super-uterus. We're in the final weeks and I really need to start preparing 

for labor and birth. Interestingly, ...




Alhamdulillah dh masuk minggu ke 33.....berdebar-debar plak rasa. Dh 5 tahun kan. Perut makin boyot dh...berat pon makin naik...hehehe...mak buyung dh x larat nk rabat (panjat) tangga opis ni haaa...tingkat 4 weh..xdo life kat cni sbb bangunan lama...huhuhu...rase cam nk mik cuti awai jek...heheheee...alasan jek lebey..hehhee

Barang bb dh siap beli tapi x sempat nak basuh and packing g. Buatnya terbersalin time skrg haru wooo....mintak la dak g...tp skrg mmg cepat la terasa letihnya. Kat cni skrg panas membahang. Balik keja dh macam kehabisan bateri. Rasa tak larat sangat2. Tapi kadang2 kita nih x leh nk ikut sgt x larat tu. Gagah gak masak mkn malam utk anak2 and encik Bigboss. Suke tgk diorang makan. Tapi kalau dh xlarat tahap kritikal terpaksa minta encik Bigboss belikan. Nak buat camna g..hehehe....

Pasal kemas barang kat umah baru Alhamdulillah dh semakin clear..ada lg skit2 jeklg..harap dapat siapkan sebelum mak buyung bersalin....aritu cuti CNY sempat gak la kemas lagi sbb mmg x pegi mana2. Cuti dok umah semata-mata..




Sebelum terlupa kita nk ucapkan tahniah kepada Kak Ros (CERITA CERITI IBU AYRA) yang telah selamat melahirkan bb BOY pada 11 /2/2013 (btul dak ?)....
Semoga kak Ros dan BB sihat. Selamat berpantang kak yer Kak Ros....

Harap kawan-kawan doakan semuanya selamat dan berjalan lancar..nebes gak walaupon dh nak masuk kali ke 3 bersalin pon. Maklumla bersalin ni org kata cam nyawa dihujung tanduk.  Macam-macam bleh jadi...semoga kita ngan bb selamat....ok dh panjang bebel. Sebelum tu kita mohon maaf dan mohon halalkan segalanya dunia akhirat. Kalau ada terlanjur perbuatan or perkataan mohon dimaafkan. Andai kata ada tersalah dan ada yg terguris mohon diampunkan...

Saturday, 26 January 2013

bebel je....

Assalamualaikum...Alhamdulillah harini ni Allah masih mengizinkan haku menghirup udara segar dan menatap wajah2 comel anak2 tercinta. Betapa indahnya wajah2 itu yang sering menceriakan hari-hariku..Ibu saaaayang kakak dan adik. Tiap2 pagi walaupon haku tetap kene bebel2 soh diorg siap kesekolah, semua tu dh jd rutin walaupon skrg dh rasa mengah2 dengan kandungan yg semakin membesar. Baby pon makin aktif jek golek2 dalam tuh. Tidoq malam pon dh x terasa cam tdoq lg...pusing kiri tak kene..kanan pon tak kene...pinggang pon makin kerap sakit. Sekejap2 akan jaga...kalau x leh tdo slalu haku bangun pegi bilik anak2 dan tatap wajah diorang masa diorang tengah tdo. Sukeeee....kdg2 rasa bersalah pula dok marah2 diorg tadinya. Tapi marah2 manje je. Maklumla la....bila aku dh terlalu penat atau letih ngan keja seharian, cepat sgt rasa nk marahnya...slalu haku bayangkan macamn la keadaan diorg kalau tetiba aku tak ada...boleh ke org jaga anak2 haku cam haku jage. Ya Allah panjangkanlah umurku demi anak2 kecil ini Ya Allah...hah, kan dh kate. Cepat jek nk emosional....huuhuhu..yela kan ...aku ni dh x de sesape dh nak harap, mak ayah pon dh takde. Kalau apa2 jd kat aku...............tak mampu aku nk bayangkan camna anak2 aku tu. isk3..nape la aku suka pikiaq camtu sejak dua menjak nih. Minggu ni haku rasa saaaaangat letih sampai nk bercakap pon rasa tak larat sangat. Nak makan pon tak dak perasaan. Mungkin letih berpindah rumah ni bayak mempengaruhi emosi kot. Sampai satu tahap aku rasa kosong ja...x da perasaan. Mesti org igt seronok kan pindah umah baru. Hakikatnya tu umah suami..kalau nk harapkan haku nk beli umah. Tak termampu la. Setakat nak beli senduk letak kat umah bleh la...maklumla keja pon kecik2 ja. Alhamdulillah boleh la nak bantu suami skit2. Nak beli menda yg ribu2..dalam mimpi je kot. So kalau org soh beli kluaq ayaq mata darah pon mmg tak mampu la ceritanya. So kena sedaq diri yer...tak de duit baik tak yah cita. Cita pon takde maknanya. Teringin??? Simpan ja dalam hati...syukur dengan apa yang ada. Jangan pandai2 dok komen. Minggu ni kandungan akan masuk 31 minggu...dh tak lama lagi akan bertambah la ahli keluarga. Tapi jujurnya satu persiapan pon haku tak buat lagi. Jangankan pegi jumpa Dr. untuk booking tempat bersalin atau scan 4D yang haku teringin sangat nak buat...baju atau perkakas baby pon satu haku tak sempat nak pegi cari lagi....tawakkal jela...harap2 tak berlaku perkara diluar jangkaan dalam masa ni. Insyaallah ada rezeki...selalunya saat2 camni semua dh ready satu beg dlm kereta. Maklumla.....haku ni kata je bleh drive sendiri tapi kalau nk kluaq jauh skit dari tpt yg biasa selalu kna la minta tolong org bawakkan...lgpon haku rasa lebih selamat kalu p mana2 ngan encik boss. Erm..takpala....kalau ada rezeki...buat masa skrg malas nk pikiaq. Biaq masa jela yg menentukan....terima jela seadanya.. Nak jalan2 pon tak terasa dh. Haku dh letih. Mak...rindunyaaaa

Wednesday, 5 December 2012

Just Hargai...


Lirik Lagu Hargai Aku – Armada
Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Tuesday, 27 November 2012

Kehilangan Lagi....Al-Fatehah buatmu Ayahanda..


Assalamualaikum kepada semua kawan2 yg singgah dan jengok2 dapoq ni.
Al-Fatehah buat arwah ayahanda tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22 November 2012 jam, Khamis jam 1.20 pagi di hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani kerana sakit tua. 
Betapa terasa kehilangan dan kekosongan jiwa seperti separuh jiwa dh dibawa pergi...Hanya yang tinggal adalah kenangan yang menyentuh hati nurani. Kenangan yang tak bisa lagi diulangi. Sesungguhnya Kak Long sangat menyayangi ayah...Kak long dh cuba buat yang termampu dan terbaik untuk ayah. Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..semoga ayah ampunkan segala dan halalkan segala keringat ayah selama membesarkan kak long dan adik2. 
Kini Kak Long dh tak da sapa2 lagi..mak dan ayah dh tinggalkan kami buat selamanya. Tak sangka begitu singkat waktu kami untuk berbakti kepada mak dan ayah. 
Ya Allah kau ampunkan dan kasihanilah kedua orang tuaku seperti mereka mengasihani kami anak2nya ini. Ya Allah..kau cucuri rahmat ke atas roh mereka Ya Allah.. 


Tuesday, 2 October 2012

Hepy Besday Hanis..dh 7 tahun dh


Selamat Hari Lahir Buat Anakanda Ibu yang tersayanggg..IBU, ABAH & ADIK saaaaaayanggg Kakak...
Semoga Kakak menjadi anak yg solehah, Berjaya didunia dan akhirat. Aminnn 

Friday, 27 July 2012

Bebel2 & Oder-oder...

Assalamualaikum...lama x bersiaran kat cni..kawan2 pon dh maleh nk singgah kat dapoq ni pa..asik tgk gambaq kek keramel tu ja...nak buat camna..tuan umah bz jek ..tambah2 buan Ramadhan yg mulia ni. Lagiii la bz ((hehehhee..rasa cam nyampah tak alasan? kui..kui..kui..bukan alasan...yg bener aja ni)

Bulan puasa ni bukan x masak or x da ooderr, cuma oder tu haku kurangkan banyak..hahhaha. Sebab time malam ja mmg habih ghiang (tenaga) kata org kedah. Almaklumla kan....koi 4am bangun sediakan sahur..pastu kemas2 apa yg patut. Selalunya mmg x tdo semula sebab takut terbabas nk bgn p keja plak. Pastu p keja...time tgh blk umah sat prepare dan wak kuaq bahan mentah dlu, senang blk keja semua dh x beku keras kejung. cepat bleh masak...4.30pm blk keja singgah beli apa2 yg x ckp utk masak. Pastu p amik anak n balikumah, haaaa..pastu mula nk bersilat kat dapoq sebab dh koi 5.15pm. Sambil2 mandikan anak2 dan siapkan diorang. Dah siap masak dan hidang  selalunya mmg ngam2 bopa minit g nak berbuka ja...Perghhhhhh...malam selalunya lps mayang maghrib n kemas2 dapoq..mmg dh tumbang. Kalau ada oder gagah tahan sat..tu pon kalau dh buat sambil mimpi mmg haku berenti tdo lu...pastu bangun awai siapkan..keh3. bleh gituuu?..pastu sambung la siapkan sahur...bila time camni mmg rasa nak benti keja dok umah ja..Anak2 lebih suka makan masakan umah. Ibu dia yg nak pitam...Tp Alhamdulillah..mn nk cari pahala camtu kan,..tambah2 bulan puasa..

Okeh..dh abiss sesi luahan perasaan, dh alang2 aku dok merepek kat cni aku nak tepek la apa yg ada dlm folder ni..layannnzzzzz

RV ni dioder oleh opismate En Bigboss..Tq yer


Kek span ngan edible image ni dioder oleh kak.....adeh lupa nama kak tu..sorry ye kak.Apepon tq kak

Kek Coklat ni di oder oleh kak Zaini...kawan opis.Tq Kak Zaini. Harap berpuas hati dengan keknye ye


Marble Cheese Browniess...Thanks Munira Ibrahimm...

Sudah la kot noh..berjela panjang dh nihhh

Sunday, 8 July 2012

for everyone


Hargai isteri anda
for everyone
Sumber : Kosmo.

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?

Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.

Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.

Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah

Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.

Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.

Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.

Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.


5. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.

Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.

Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.

Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. - NUR AISHAH MOHD. AMIN

Tuesday, 5 June 2012

Hepy belated Besday To Me...

Hepy bessdaayyyy to Meeee...hepy besdayy to Meee....                eh silap..hepy belated Besday to Me.
4 Jun punya cita niiiii.ahakssss..fuhss..fuh..fuh...tiup lilinnn...banyakkk wooo...dh tua ropanya..muehehehehe. 

Birthday tahun ni cam x menariks je. Banyak kejadian yang menyedihkan dari yang menggembirakan. Macam2 sangat...Ayah pon masih di tahan di wad lagi. Semalam dh terkejut sangat bila adik call bagitau ayah kena masuk ICU katanya. Rasa cam nak terbang balik sana ....rupa-rupanya masuk CCU sebab jantung dia berdegup tak stabil..adehsss...cam nk pengsan dh. Sampai Hospital tgk ayah dok smbang cam x da apa2. Alhamdulillah...lega skit tengok ayah camtu. Koi 2 pagi semalam ayah dh ditukarkan ke Wad biasa. Syukur padamu Ya Allah...Semoga ayah cepat sihat ye.. Kak Long sayang ayah...
Sebenarnya Dah 2 Minggu juga haku dok ulang alik dari Sintok Ke Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani. . Sabtu lps ayah dh discaj tapi hari Rabu tu kena admit wad semula sebab asthma .Bila Cuti  weekend gilir jaga ayah ngan adik. Bagi adik rehat pula. Sabtu blk umah sebab Ahad kena masuk keja. Bernasib baik juga sekarang musim cuti sekolah..kalau tak tak tahu la. Keja tetap kena jalan walau macam manapon. Keja makan gaji ngan orang ni bukan senang. Apalagi iTu la sumber kita nak dapat untuk sara keluarga dan Ibu Bapa. Kalau kita tak keja sapala nk mai bagi kat kita kan????...orang nak bercakap dan mengghukum terlalu mudah. Just cakap ja. Yang kena fikir tu adalah kita, yang nak kena tanggung adalah kita. Bagi haku walau apapon yang haku buat adalah kerana Allah, Ikhlas. Bukan untuk pujian atau sanjungan. Biarlah kalau orang nak kata dan keji haku apa sekalipon..Janji Allah tahu niat haku...
Semoga Allah berikan ketenangan dan ketabahan buat Aku...Ya Allah..Aku mohon berilah kesabaran, ketabahan dan ketenangan dalam mengharungi apa jua ujian Mu Ya Allah..Aaaminnn Ya rAbbal A'lamin.

Sunday, 6 May 2012

Bila Ibu Gantung Periuk...Ronda-Ronda Cari Makan & Cari Pasal..

5 Mei 2012 (Sabtu lepas punye stori okeh...) puan umah gantung periuk...Bigboss bawak ronda-ronda cari makan dan cari pasal. Tengahari kita singgah makan kat Mee Abu di Alor Setar then p cari pasal kat PACIFIC...banyak gak jualan  murah terutama baju baby...Plan nk menyopping baju anak2 terutama si kakak tu. Banyak baju dia dh jd singkat...kesian. Dia dok komplen jek nape baju dia semua bagi kat adik..hahahaha...Nak buat camna kann...dia bkn makin bulat..makin tinggi adala sejak sekolah ni....
Sempat la beli 2-3 pasang baju untuk anak2...utk Bigboss beli seluaq keja ngan t-shirt...untuk setiausaha Bigboss merangkap puan umah ni dan gak rembat 2 lai tshirt....tenkiu Bigboss..
Jom layan menu makan malam kami sebelum blk...Nyum3.. makan kat Gemilang Burger kot nama dia....


Set Burger Gemilang Bigboss Punyerrr...

Ini Puan Umah punyer okehhh...sedap..Nyum3
Len kali kita makan kat cni lagik yer BB... (hahahaha..BB)

Menu untuk 2 orang budak bolat..sedap gak yg ni pon..

Saturday, 21 April 2012

BBBird Adik...Adik unya

"Bb berd adik unya"..hahahhaha...sibuk je gtau dia punya. Adik ni mmg haru kalau nampak apa2 menda yg berkaitan dengan angrybird ni. Ni tabung duit...beli kat Nat @ pasar pagi (betui ke ekk....).  Adik memang sayang ngan tabung ni. Asal jumpa duit syiling mesti sibuk nak boh dalam tabung angrybird dia ni. Habih ngan duit balance belanja sekolah si kakak pon dia balaih boh tabung dia...hahahahaa. Adikk...adik...sabo jela. Tergelak kadang2 tengok kelaku dia. Suka nyakat kakak....tp bila kakak nangis cepat2 ja dia pujuk. 
GG penuh ngan aiskrim coklat..

Cepatnya masa berlalu...adik pon dh nak masuk 4 tahun...Dh besaq anak Ibu. Tahun depan akan akan start ke Tadika. 
Semoga Adik ngan Kakak membesar dengan sihat, jadi anak yang yang solehah ye sayannggg. Ibu ngan Abah saaayang kat Adik & Kakak.


Thursday, 19 April 2012

Wednesday, 18 April 2012

Mee Udang & Nasi Goreng Udang


 Assalamualaikum.....salam pagi Khamis yg indah...mood arini...baloq liat...maklumla last day keja. Minggu ni rasa aga meletihkan. Baru sdh settle minit mesorat. Mai melepak kat sini sat....tenangkan minda..ahaksss. Masa dok tgk gambaq2 lama tu ternampak gambaq masa p makan kat Sg.Dua aritu. Ntah bila pon dh tak hengat. Tapi nak jugak letak gambaq nasi goreng udang yang sedap gak kat anak tekak kami. Tempat Makan: Kedai Mee Udang Pak Ngah Aziz Sg. Dua, Penang. Selalu p makan mee udang je. Aritu En. Bigboss oder Nasi Grg udang. Sedap jugak. Untuk anak-anak tercayang oder nasi goreng udang gak tp versi tak pedas + telur mata kerbau. Tu pon sedap gak...pendak kata sedap saja kat tekak aku ni...hehehehehe....(apa yg x sedap pon tak tau)..senang bela kan haku ni...hahahaha..ayat tak bley blah.

Bigboss punye..

Haku punyeee

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Hihihihi...sajer je nak kongsi ngan kawan-kawan di petang hari....kadang2 terjadi juga kan......
love my Family...peaceeee...

Mengapa WANITA sangat Istimewa......



Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." 
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok...nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... 

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... 

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... 

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."....."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." 

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang.. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... 
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. 

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... 
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2....kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. 

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha...lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. 

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... 

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la....nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... 

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. 
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... 

So?....apa yang peliknya..?? 

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... 

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... 
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi... 

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... 

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan.

Tuesday, 17 April 2012

Bila Ibu Malas Nak Masak...

 Bila si Ibu takde mood nak memasak. Makan kepci jela jawabnya. Jasa baik dari encik Bigboss. Kejadian ni berlaku pada hari Ahad yang lalu. Letih sangat aritu, ilang mood nak masak. Idea pon kering. Buat2 muka kesian dan letih kat Bisboss. Nasib baik la laling kite ni memahami...jadi dia wak p makan kat luaq. Dh lamaaaa sgt tak p makan kepci. Adik ngan kakak pon pulun jek makan. Kira aci la. Sib bek blk umah tak minta nasi. Kalau tak mau meraungg haku. Tak pasal2 kena masak pula...huhuhu. Salah satu sebab malas nk p makan kat luaq. Penah jadi lps blk makan Char Koey Teow dia minta nasi. Koi 11 malam tu wehhh. Kesian punya pasal ibunya masak nasi jg. Masa kat kepci Bigboss siap pesan lagi kat kakak yang malam ni tak dak nasi kat umah. Hehehehe......
Jom kita layan aksi2 makan kepci gaya2 setahun tak p..hahahahaa...
Gambaq atas tu Ibu yg punyaaaa...konun2 takda selera la...semua licinn..lupa nk snap selepas kejadian....hehehe

 Kakak pulun gigit paha ayam..nyum3

 Gaya ayu skit

Adik makan ayam cam Upin & Ipin

Monday, 16 April 2012

2 Orang budak bolat nk p Makan kenduri...cerita lama..haha

Posing-posing masa nk p makan kenduri 2 minggu lps..ahaks...sesaje nk tepek gak gambaq 2 orang budak bulat nih....buat kenangan. Nanti2 bila adik dan kakak dh besaq bleh juga tgk...Si adik bila kakaknya pakai tudung dia pon sibuk gak nak pakai tudung. Kakak siap cakap muka adik bulat cam bola la ibu..hahahaha..adeke samakan muka adik dia ngan bola..hahahaha..w/pon nk p makan kenduri adik tetap nak bawak gak barbie baju ijau dia tu..siap nak bergambaq skali g. Tgh keciwi. Biasa la mainan baru beli. ntah barbie yang keberapa pon x tau la...
Kakak dh kurus skit sejak bersekolah nih. Skrg dh tak da masa nk tdoq siang2. Lpas blk scholl pagi kena siap2 p KAFA pula..blk umh koi 5.45pm nun... Terima kasih pada Tok dan Wan sebab banyak membantu haku dan encik Bigboss dalam menguruskan hal kakak. Terima kasih banyak2 Mak & Ayah..semoga Allah jua yang membalas segala kebaikan Mak & Ayah.
Tetiba teringat plak ayah di kampong..apa ayah ngan adik makan arini...rindu sangat kat Ayah. Buat Arwah Mak, Salmah binti Shafiee...semoga roh mak tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yang solehah...Hanya Al-Fatihah dan doa yang mampu dititipkan buat Mak...Kak long rinduuu sangat kat Mak..semoga segala budi baik dan belas kasihan Mak pada kami adik beradik selama ini Allah SWT membalas dengan berkali ganda kebaikan buat Mak......Aminnnn...


Thursday, 12 April 2012

Tanaman yang tidak seberapa...




Malam ni nk mengabdikan bunga yang paaaling haku suka skali. Ni pokok bunga ros ke tiga yg haku dh beli...lg 2 ros mini jek. Ni bunga kali kedua. Alhamdulillah...besar bunga dia..haku suke2. Seronok sangat bila pokok yang kita tanam berbunga. Rasa berbaloi.  Tenkiu juga buat Bigboss kerana rajin melayan dan menemani lalingmu ini p cr pokok munge ros...hehehehehe. Dulu suka sgt beli fresh rose masa dok kat Sungai Petani. kat Cni ssh nk cr kedaiyg juai bunga segar. Rasanya ada satu kedai tp dia ttp awai la. Tp tanam lg best kan...lama skit dia bertahan. save kannnn...hehehee

Thursday, 5 April 2012

Jalan-jalan ke Penang

Jumaat tiba lagi...arini haku cuti. biasa la kat kedah ari cuti mingguan n ari yg ditunggu2. hari nila dpt buat xtvt bersama family. en.bigboss pula keja di Perlis so cuti mingguan dia sabtu dan ahad...selalu nk p mn2 kena tgg hari sabtu jela sbb masa tu je kami cuti sama.  tapi arini bigboss amik cuti sbb dia ada hal kat Penang, haku n anak2 follow le...
Lg pn arini si kakak pn cuti. lps bigboss settlekan hal dia leh la ronda. dh lama x mai penang ni. jalan pon ada yg berubah. kalau bg aku drive mau sesat neh. nnt haku update tpt2 mn yg kami singgah.  cr nasi kandaq line clear pn best juga kan...

Monday, 27 February 2012

Hujan Yang turunn........best nyeeee

Gambar pinjam dari En.Google

Hujan yang turun bagaikan mutiara...ewahhhhh..nyanyi nk bg hujan makin lebat..hehehehehe .
Alhamdulillah akhirnya hujan turun juga membasahi bumi Sintok harini.Hilang skit kepasanan yang bahangnya agak perit sejak akhir2 ni. Haku dh terkandas kat opis sebab tak leh nk p kat keta...so melepak sat kat sini. 
Arini dh seharian dok bersauna free dlm opis dek kerana Aircond sudah rosak..mmg sauna btoi nih.Kipas pon x dak kat opis. Badan pon dh bau cam spagetti (aiseh apa pulak kena mengena ngan spagetti plak kan..ni kes x sempat kuaq lunch tgh td la ni). Perut dh bunyi lagu Heavy metal minta di isi...huhuhuhuuuuuuuhu...
Okess..ujan dh reda haku nk kena lariii p kat keta dulu...mlm kang la sambung ekk...taata...tititiiiiiii....daaaaaa

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)