Al-Fatihah buat Arwah MAK tercinta.
Hari ni dh 8 hari MAK pergi mengadap Penciptanya. Ya Allah...kau tempatkanlah IBUKU dikalangan hambamu yang beriman.....Sesungguhnya terlalu banyak pengorbanan mak buat kami. Terlalu singkat rasanya ruang untuk aku membalas segala budinya pada diriku...haku masih cuba memujuk hati agar menerima hakikat yg terlalu pedih dan menyakitkan ini. Sesungguhnya hati terlalu lemah untuk menerima takdir yg satu ini. Seringkali haku tewas bila kenangan2 lalu menjengah diminda. Terasa betapa singkatnya waktu bersama mak....kehilangan mak bagaikan separuh dari diriku telah hilang. Tak munkin ada galang gantinya ....Ya Allah berilah ketabahan buatku untuk menghadapi ujian Mu Ya Allah.
Setelah sebulan mak bertarung nyawa melawan penyakit...pada tanggal 4 Julai 2011 jam 8.25 malam mak menghembuskan nafasnya dipangkuanku. Pada 5 Julai 2011 jam 10 pagi mak selamat disemadikan bersebelahan kubur wan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....saat terakhir melihat mak, wajah Mak begitu indah, tenang dan bahagia. Nampak seperti Mak sedang tersenyum bahagia. Alhamdulillah......
Mak...kak long rinnnduuuu sgt pada mak......Kak Long berdoa agar mak sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Semoga doa kami dapat menerangi mak di Sana....Aminnn..
