Wednesday 27 November 2013

PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH

 Ehehehe..mana tahan dok tgk geng2 baking dok asik tayang kek cheese meleleh jek...teringin beb. Nampak mmg menggiurkan..google2 jumpe kat dapoq kak Nor Azmihah...Kak Nor minta izin yer share dan tepek kat cni...senang nk rujuk nanti....Tapi ampun yer kak Na dh Ubah skit ikut kesesuaian sbb Na x buat lapis2...buat perisa pandan ja...Sedap dan mmg kena ngan anak tekak sekeluarga. Sat ja dh clear licin..huhuhu...x sempat nk simpan utk esoknya..mmg sedap..mabeles...mmg kna buat lain la...
makan sambil pejam2 mata apa nk dikata oiii....karan habeh...keh3
Thanks kak Nor Azmihah & Sherry MZ kerana sudi kongsi resepi....harap dihalalkan



PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH
resipi asal : SherryMZ & Sweet4ever
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
* kek sponge:

150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna hijau
perisa pandan


* krim :

1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega (sy x letak-ganti ngan susu segar)
1/3 cawan susu pekat manis


cream cheese d putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Masukkan susu segar hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar


~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.
Cara:
  1. Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
  2. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
  3. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air.
  5. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  6. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.(yg ni kita skip sbb kita buat satu perisa ja)
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
  9. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.


Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

Tuesday 26 November 2013

Non Bake Cheese Cake

Assalamualaikum....wootwottt..dh lama x dan sempat nk bt N3. Arini gegeh nk buat jugak..hahaa..buleh le gtew. Sebenaqnya ada gak baking2 utk kanak2 rebena & Abah ribena kat umah tp x dan nk edit ngan up n3. Pasrahhh......okeh, nk stori pasal kek cheese yg mmg meletop bak kta Dhila Rozi ni. Kesimpulannya mmg besh oii. Haku mmg x penah buat apa2 kek yg kna gunakan gelatin..x yakin beb. Takut x menjadi. Tapi sabtu lepas gamble ja...hantam..nekad  nk buat gak. Jadik ke idak blkg kira. Alamdulillah menajd dengan jayanya..haku suke...haku suke....Si kakak Hanis mmg mkn bersungguh2. Kat umah mmg laku jek kalau Cheese kek ni...hehee..so thanks sgt Dhila Razi & Kak Hana...resepi asal dari Kak Hana yg comei (ayat bodek)...hak3. Terima kasih dan Mohon halalkan yek..Kite nk tepek kat cni nnt senang nk rujuk...

Cheese Cake















Sumber: Kak Hana
Sumber: Dhila Rozi

Bahan-bahan
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Strawberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. *utk resepi nih hana guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler gune jem je)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)