Wednesday 27 November 2013

PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH

 Ehehehe..mana tahan dok tgk geng2 baking dok asik tayang kek cheese meleleh jek...teringin beb. Nampak mmg menggiurkan..google2 jumpe kat dapoq kak Nor Azmihah...Kak Nor minta izin yer share dan tepek kat cni...senang nk rujuk nanti....Tapi ampun yer kak Na dh Ubah skit ikut kesesuaian sbb Na x buat lapis2...buat perisa pandan ja...Sedap dan mmg kena ngan anak tekak sekeluarga. Sat ja dh clear licin..huhuhu...x sempat nk simpan utk esoknya..mmg sedap..mabeles...mmg kna buat lain la...
makan sambil pejam2 mata apa nk dikata oiii....karan habeh...keh3
Thanks kak Nor Azmihah & Sherry MZ kerana sudi kongsi resepi....harap dihalalkan



PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH
resipi asal : SherryMZ & Sweet4ever
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
* kek sponge:

150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna hijau
perisa pandan


* krim :

1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega (sy x letak-ganti ngan susu segar)
1/3 cawan susu pekat manis


cream cheese d putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Masukkan susu segar hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar


~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.
Cara:
  1. Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
  2. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
  3. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air.
  5. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  6. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.(yg ni kita skip sbb kita buat satu perisa ja)
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
  9. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.


Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

2 comments:

  1. Terbaeeekkkk ternyata sedap sehingga menjilat sudu ...meleleh2 cream cheese nya enak di mkn emmmmmmmpphhh lazat :D

    ReplyDelete
  2. Mmg kne gune cream cheese philadelphia for topping???

    ReplyDelete

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)