Wednesday 5 December 2012

Just Hargai...


Lirik Lagu Hargai Aku – Armada
Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Tuesday 27 November 2012

Kehilangan Lagi....Al-Fatehah buatmu Ayahanda..


Assalamualaikum kepada semua kawan2 yg singgah dan jengok2 dapoq ni.
Al-Fatehah buat arwah ayahanda tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22 November 2012 jam, Khamis jam 1.20 pagi di hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani kerana sakit tua. 
Betapa terasa kehilangan dan kekosongan jiwa seperti separuh jiwa dh dibawa pergi...Hanya yang tinggal adalah kenangan yang menyentuh hati nurani. Kenangan yang tak bisa lagi diulangi. Sesungguhnya Kak Long sangat menyayangi ayah...Kak long dh cuba buat yang termampu dan terbaik untuk ayah. Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..semoga ayah ampunkan segala dan halalkan segala keringat ayah selama membesarkan kak long dan adik2. 
Kini Kak Long dh tak da sapa2 lagi..mak dan ayah dh tinggalkan kami buat selamanya. Tak sangka begitu singkat waktu kami untuk berbakti kepada mak dan ayah. 
Ya Allah kau ampunkan dan kasihanilah kedua orang tuaku seperti mereka mengasihani kami anak2nya ini. Ya Allah..kau cucuri rahmat ke atas roh mereka Ya Allah.. 


Wednesday 7 November 2012

Nasi Lemak


Assalamualaikum...selamat petang semuaaaa..
Fuhh..kira lamo bebenor le haku x menjengah disini. Bukan dh lupa tapi keadaan tak mengizinkan...ecewahhhh.
Sekarang Alhamdulillah keadaan sudah semakin pulih seperti sediakala. Doakan semoga kite sihat sampai waktu melahirkan...
So sebagai membuka tirai kita tayang dlu gambaq nasi lemak serunding daging yang buat beberapa hari lepas. Anak-anak dan en. Bigboss suka. Si kakak siap tambah 2,3 kali...seronok bila anak2 and en bigboss suka makan camtu...okeh..kita nk chow dhhh..daaaa 

Tuesday 2 October 2012

Hepy Besday Hanis..dh 7 tahun dh


Selamat Hari Lahir Buat Anakanda Ibu yang tersayanggg..IBU, ABAH & ADIK saaaaaayanggg Kakak...
Semoga Kakak menjadi anak yg solehah, Berjaya didunia dan akhirat. Aminnn 

Friday 27 July 2012

Bebel2 & Oder-oder...

Assalamualaikum...lama x bersiaran kat cni..kawan2 pon dh maleh nk singgah kat dapoq ni pa..asik tgk gambaq kek keramel tu ja...nak buat camna..tuan umah bz jek ..tambah2 buan Ramadhan yg mulia ni. Lagiii la bz ((hehehhee..rasa cam nyampah tak alasan? kui..kui..kui..bukan alasan...yg bener aja ni)

Bulan puasa ni bukan x masak or x da ooderr, cuma oder tu haku kurangkan banyak..hahhaha. Sebab time malam ja mmg habih ghiang (tenaga) kata org kedah. Almaklumla kan....koi 4am bangun sediakan sahur..pastu kemas2 apa yg patut. Selalunya mmg x tdo semula sebab takut terbabas nk bgn p keja plak. Pastu p keja...time tgh blk umah sat prepare dan wak kuaq bahan mentah dlu, senang blk keja semua dh x beku keras kejung. cepat bleh masak...4.30pm blk keja singgah beli apa2 yg x ckp utk masak. Pastu p amik anak n balikumah, haaaa..pastu mula nk bersilat kat dapoq sebab dh koi 5.15pm. Sambil2 mandikan anak2 dan siapkan diorang. Dah siap masak dan hidang  selalunya mmg ngam2 bopa minit g nak berbuka ja...Perghhhhhh...malam selalunya lps mayang maghrib n kemas2 dapoq..mmg dh tumbang. Kalau ada oder gagah tahan sat..tu pon kalau dh buat sambil mimpi mmg haku berenti tdo lu...pastu bangun awai siapkan..keh3. bleh gituuu?..pastu sambung la siapkan sahur...bila time camni mmg rasa nak benti keja dok umah ja..Anak2 lebih suka makan masakan umah. Ibu dia yg nak pitam...Tp Alhamdulillah..mn nk cari pahala camtu kan,..tambah2 bulan puasa..

Okeh..dh abiss sesi luahan perasaan, dh alang2 aku dok merepek kat cni aku nak tepek la apa yg ada dlm folder ni..layannnzzzzz

RV ni dioder oleh opismate En Bigboss..Tq yer


Kek span ngan edible image ni dioder oleh kak.....adeh lupa nama kak tu..sorry ye kak.Apepon tq kak

Kek Coklat ni di oder oleh kak Zaini...kawan opis.Tq Kak Zaini. Harap berpuas hati dengan keknye ye


Marble Cheese Browniess...Thanks Munira Ibrahimm...

Sudah la kot noh..berjela panjang dh nihhh

Sunday 8 July 2012

Oder









Antara tempahan minggu lepas...terima kasih semua....x da mood nk stori lebey2..biarlah gambaq ja berbicara..ceewaahhhh...

for everyone


Hargai isteri anda
for everyone
Sumber : Kosmo.

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?

Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.

Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.

Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah

Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.

Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.

Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.

Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.


5. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.

Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.

Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.

Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. - NUR AISHAH MOHD. AMIN

Thursday 5 July 2012

Oder arini-Apam bee/ladybbug/Rv in jar & riffle






 Arini punye oderrr..Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yng sudi oder ...harap berpuas hati yer..terima kasih jua pada tuan2 punya resepi. Minta halalkan yerrr....
Terima kasih juga buat Bigboss yang banyak membantuu..saaayaaangg u..hahahahaterjiwang jap...jangan ada yang muntah ijo udah lewww..hehehehe

Sunday 1 July 2012

Oder 2 Julai 2012 - Apam Ladybird & Bee, Puding Triffle & Cheese Tat


Hah..amik..besaq punyaaa...pestime cuba mik oder buat apam ladybird & bee ni. Belasah jek..Alhamdulillah..ada juge rupe ladybird ngan bee walaupon sipi2 jek..ahaksss..Insyaallah akan di perbaiki lagi. Terima kasih pada semua yg selalu dok bg tutorial camna nk buat apam ladybird ni...Anak2 haku xcited jek..si adik tu x sabo2 nak makan..hahahaaa..Thank u pada kak Misnadi..sudi oder ngan kita...smlm x tau haku tdo pkoi bape...smlm org oder triffle, apam ladybird & bee ni ngan tat..last masa bakaq tat tu aku tgk jam koi 4 am...hahahaha. Siap je tat aku lena sat..sedaq2 henpon bunyi koi 6...bangun siap2 anak p sekolah. haku nak masuk keja sebelum koi 8. Alhamdulillah semua tempahan orang dh siap..tgh kang nk p dellivery...

Saturday 30 June 2012

Oder- Marble Cheese Brownies & Cheese Tat



Tempahan yang tidak seberapa daripada kawan2..terima kasih semuaaaa...1 bj marble Chese Brownies & CHeese Tat...

Thursday 28 June 2012

Tiramisu in Jar Again n againnnnn



Assalamualaikum...buat lagi tiramisu atas permintaan...buat dalam 10 balang...asih menggunakan resepi yang sama..Terima kasih pada Kak Tun Telani dan kak Nor Secubit Garam..mohon halalkan resepi yerrr...

Saturday 23 June 2012

Odder- Coklat Marble Cheese Brownies






Alhamdulillah...oder untuk arini oleh kawan2...TIRAH, Tq yer tirah sudi oder ngan kak.Harap memenuhi citarasa...

Baru berjinak2 buat marble cheese brownies pulak. Ada 2 Saiz..8x8 & 10x10 inci. Menggunan adunan yang sama cuma utk 8x8 inci tu dia lebih tebal. Nampak macam kek pulak...slalu brownies ni kan org buat nipis2 je. Pendapat peribadi haku suka yg 10x10 inci tu... x tebai. Elok2 je. Terima kasih kepada penyumbang2 resepi iaitu CIK MAT GEBU DAN RINNCHAN..terima kasih banyak sudi berkongsi ilmu. Mohon halalkan yer resepinya..semoga Allah jua membalasnya...Aminnn

Monday 18 June 2012

Heavenly Carrot Cake from CMG..TQ






Tetibe rasa nak makan carrot cake..google jumpa resepi dari CMG nih..teruih godek2. Alhamdulillah menjadi...terima kaih CMG.Mohon izinkan saya link kat sini yer CMG..kalau nak tgk resepi click SINI okeh..

Rasa kek ni memang mabeles..haku memandai menderhaka tambahkan raisin lagi..so carot +nenas+walnut+raisin...perghhhh..korang bayangkanlah bila semua tu mix skali dalam mulut..mmg heavenla...cuma potong tang topping tu haku lupa letak esen vanila...bau buter tu plak cam lama jee..hadehh..potong..smlm sebenaqnya nk letak perahan lemon..pastu cari2 xjumpa plak lemon..terus lupa nk add esen vanilla tu..tp takpa...len kali kita cuba lagik..so bekpes ngan Carrot Cake lew arini..Bigboss jangan jeles hokey...U punya 10 set tu i tgg deposit di bank inkan yerr..dh ank in nanti sms hokey...ahaksss...



Sunday 17 June 2012

RV againnn...


Yang nih balen buat RV in Jar aritu...balen tu kiter sapu la ngan lebihan cream cheese....leh gak ngap petang2 ngan Bigboss....Anak2 sampai x layan dh kek ni sebab 2-3 ari asik buat kek ni...kali ni kek ni menjadi ngan elok sgt ...cukup gebu, warna merah yg mmg mengamcam..sangat2 berpuas hati kali ni..thanks kak Irma...minta halalkan yer resepinya kita guna untuk meniaga ni...kalau nak tgk kejadian sebenar sila tgk link pada N3 terdahulu okey....

Wednesday 13 June 2012

Oder hari nie punya-ALHAMDULILLAH...

 Red Valvet in Jar utk Hantaran






 Cheese Tat untuk hantaran



Terima kasih kepada semua yang sudi oder ngan saye..andai ada kekurangan saya memohon maaf dan Halalkan yer...

Baru start balik setelah 2 hari MC. Demam + selesema+batuk dan seangkatan dengannya...Syukur dh semakin pulih ...

Saturday 9 June 2012

Red Valvet


Keratan rentas RV yang mabeles....edisi utk penduduk kat umah, utk wak lik kg kat adik & untuk anak manakan...


Sepotong ni haku yg punya...Bismillah.....Yummmyyyyyyyy...

 Yang ni pon untuk hantaran gak.....dh siap ikat riben,,ok tak?


hahhahaa...dlm keta otw nak p matrik P.Pinang ni..dan gak td sambaq laptop wak...bleh gak buat n3 n edit gambaq,,kalau dak sohih dh lena la kojenye.

Friday 8 June 2012

Cupcake Coklat & Red Valvet in Jar





Nak p basuh peralatan yg guna smlm...jap g nak p kenduri n terus p hantaq hantaran ni kat kg pastu lajak p kat anak menakan kat matrik pulau pinang. Pergghhhh...smlm masa p kedai kek kak kat kedai kek tu ada gtau pasal balang ni. kedai yg bakary yg satu lg tutup ari jumaat. Kedai yg haku p ni x da juai balang, so sebab dh selalu sangat tanya psl balang tu, kak tu gtau ada juai kat kedai barang hantaran kat AS. Tanpa berlengah haku ajak En. Bigboss p usha2. Hah mmg ada weh..wallaweh..bentuk comei pulak tuss...adessss..adess..rabak lg duit haku. Dh la beri barang kat kedai bakery tu dh rabak...huhuhuhu. Nak buat camna kan...takpa...lps ni kena amik oder laju sket..kampoi balik modai yg dh kuaq...hehehehe. 
Okeh..nak cita pasl caupcake hantaran dan Red Valvel ni,,, Haku mmg jarang deko cupcake ni, so setakat tu la hasilnya. Tak berapa kemas tp kira nampak la kan mentuk munge rose tu..hehehe. Sebenaqnya haku nk buat kaler gold, Haku campoq2 la kaler ikut resepi yg mik kat google, skali silap sukatan, last2 jd kaler dlm gambaq tu la. Kira hokey ka ekkk...nak buat camna lg dh...blasah jela. Red Valvet dlm jar ni pon nak buek hantara jugak....merasmikan balang baru beb...seronok sangat. Apepon terima kasih kak Irma atas resepi Red Valvet ni. kita punya kek tak berapa merah silap kita letak dark coklat rasanya. Terima kasih ye kak resepinya..minta halalkan kita guna ni...

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)