Showing posts with label Cheesecake. Show all posts
Showing posts with label Cheesecake. Show all posts

Saturday, 14 December 2013

Non Baked Oreo Cheese Cake

Hua..hua...hua....cheese cake lagikkkk......abih camno la nk kuruih weh...hahahaa. Kali ni haku try buat Oreo Cheese Cake tp masih menggunakan resepi yg sama cam aritu...rasenya jgn cakap la wehhh..mmg karan abeh...mkn sambei pejam2 mata gtewwww...yummehhhh...

Oleh sebab mood ada baik arini haku tepek la lg skali...aku cuma tukaq biskut jek....TQ pd tuan punya resepi...mmg resepi yg mudah dan sheeedappp sangat2...

Non Baked Oreo Cheese Cake
Sumber: Kak Hana
Sumber: Dhila Rozi


Bahan-bahan
Bahan-bahan A
250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
15 gm gelatin halal
100ml air
>> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
Strawberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil


Cara-cara
Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. *utk resepi nih hana guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler gune jem je)
Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
Potong bar ikut suka dan hidangkan.

Wednesday, 27 November 2013

PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH

 Ehehehe..mana tahan dok tgk geng2 baking dok asik tayang kek cheese meleleh jek...teringin beb. Nampak mmg menggiurkan..google2 jumpe kat dapoq kak Nor Azmihah...Kak Nor minta izin yer share dan tepek kat cni...senang nk rujuk nanti....Tapi ampun yer kak Na dh Ubah skit ikut kesesuaian sbb Na x buat lapis2...buat perisa pandan ja...Sedap dan mmg kena ngan anak tekak sekeluarga. Sat ja dh clear licin..huhuhu...x sempat nk simpan utk esoknya..mmg sedap..mabeles...mmg kna buat lain la...
makan sambil pejam2 mata apa nk dikata oiii....karan habeh...keh3
Thanks kak Nor Azmihah & Sherry MZ kerana sudi kongsi resepi....harap dihalalkan



PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH
resipi asal : SherryMZ & Sweet4ever
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
* kek sponge:

150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna hijau
perisa pandan


* krim :

1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega (sy x letak-ganti ngan susu segar)
1/3 cawan susu pekat manis


cream cheese d putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Masukkan susu segar hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar


~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.
Cara:
  1. Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
  2. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
  3. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air.
  5. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  6. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.(yg ni kita skip sbb kita buat satu perisa ja)
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
  9. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.


Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

Thursday, 7 June 2012

Oder Marble Cheese Brownies yg Pertama


Marble Cheese Brownies di oder oleh Kak Zawiyah...tenkiu kak....pestime amik oder utk brownies ni..Harap brownies ni menepati citarasa akak sekeluarga..
terima kasih juga kepada Rinchann berkongsi resepi yg sdap ni...Minta halalkan yer saya buat meniaga....

Wednesday, 9 May 2012

Mini Oreo Cheese Cake



Tempahan Dari Kak Mas Zain, Tenkiu kak...pestime terima tempahan mini Cheese Cake. Harap Kak Mas berpuas hati yer...
Kak Mas tempah Oreo Cheese Cake Saiz 5inci juge.....Alhamdulillahhh....


Gambar tak bopa cun sebab tangkap ngan Hp jekk...hehehe....

Oder Oreo Cheese Cake Againn



Tempahan Oreo Cheese Cake lagi Dari Kak Sharlinda Zainol. Tenkiu kak Linda...semoga kak berpuas hati dengan keknyaaaa....

Tuesday, 8 May 2012

Mini Oreo Cheese Cake



Mini Oreo Cheese Versi anak-anak....semalam menyiapkan tempahan customer...kakak request nak cheese cake jugak...so..buat skali utk dia tapi saiz mini jek..senang nak bawak bekal ke sekolah...kali ni cuba resepi dari blog Kak Wan @ Citarasawan..terima kasih kak wan.... Mohon izinkan saya link resepi Kak Wan yerrr...Insyaallah bila ada masa saya akan taip resepinya...Jom kita p lunch...

Thursday, 26 April 2012

Oder di Hari Khamiss...



Kek Besday di oder oleh Boss khas buat stafnyee..Thanks Dr. Rozila
Kek Oren Badam 1.6 ++ kg. (saiz 9 inci)
deko ngan buttercream resepi Kak Anna Qawina...Terima kasih kak Anna..tulisan masih perlu diperbaiki

Oder dari Kak Salwani untuk besday anaknya... 
Oreo Cheese Cake - 1.2++ kg (Saiz 8 inci)

Oder kak Salwani utk majlis besday naknya...tq Kak

Stawberry Cheese Tat - Perisa Blueberry & Strawberry

Alhamdulillah atas rezeki dariNYA.......

Saturday, 24 March 2012

Saturday, 17 March 2012

Oreo Strawbery Cheese Cake

 Oreo Strawbery ciskek ni dioder oleh kawan sekolah...terima kasih sudi oder w/pon kita ni bukan pandai buat sgt pon..slalu buat makan2 dkt umh ja.Permintaan dia nk deko ngan strawbery..nasib baik ada kat supermarket kat umh ni. Mmg rezeki diala. Tapi mahai gak kan buah ni. Diharap kak Long berpuas hati ngan kek ni yer...
Kek ni haku guna resepi oreo Ciskek yg slalu dok buat tu cuma haku tambah strawbery paste dan strawberry cincang jek..rasanya aku takleh komen le sbb x dapet nk raso..ahaks...tp fedback dari kak long kata sedapp..tak sia2 dia mai dari aloq staq ke Sintok semata-mata nk makan kek ni kan kak long..len kali mai len tau...leh chat lama kit..

Tuesday, 13 March 2012

Oreo Ciskek lagi..dan lagi dan lagiiiiiiiiiiiii...

Oreo Ciskek oder dari Kak seopis..kak Jiejah Eijah..terima kasih kerana mengoder...resepi masih resepi yang selalu buat...just tukaq sourcream dengan whipping cream+lemon...harap memenuhi citarasa. Kek ni telah didoublekan adunan supa nampak tinggi dan menawan skit. Aritu buat satu adunan dalam loyang yg sama saiz dia cantik sbb kurang ketinggian...nipis. So len kali kene alert untuk loyang ni kena buat satu 2 adunan baru cun. so layanzzzz....

Sunday, 26 February 2012

Oreo Cheese Cake

Huhuhuhuuu...cheese Cake pulak no. Cheese Cake ni di oder oleh bos kat tpt keja, Dh lama haku tak buat Cheese Cake. Bukan x mo buat tapi rakyat umah ni tak bopa nak layan dh. Lebih baik haku buat menda yang diorang suka....x da la aku ni dok jd tong buruk dok perabih semua...tak gituuu.
Sebab nak buat saiz kecik je haku ajak Bigboss p cari loyang spring foam saiz kecik pula. Kat umah saiz besauuuu punye. Haku amik saiz 7 inci. Tapi haku rasa kena amik kecik lg la baru cun kalau lapisan cheese tu tebai skit...rasanya kena gandakan adunan baru cantik kan...apepon terima kasih bebanyak kepada            Dr. Rozila kerana sudi mengoder dari haku yg dok merangkak2 lg ni. Terima kasih jua buat kak Ummi Zahaidi yg berkongsi resepi kek yg sedap  ni.  Resepi haku tepek lg buat sekian kalinyaaaa,,,,,

OREO CHEESE CAKE
Sumber :Joyche
Sumber : Ummi Zahaidi@Home Sweet Home

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam

Tuesday, 24 January 2012

Orange Marble Cheese Bar Cake

 Jom kita jamu mata ngan Orang Marble Cheese Cake petang2 ni. Pekena ngan kopi..perghhhh...best siot beb. Hahahhahaaa...Tenkiu very much buat Kak Maz@Ilham Dapur yang menggoda dgn gambaq ciskek beliau yg sungguh mengancam. Thanks kak Maz sebab bg resepi sekali. Kek ni mmg best. Dengan bau dan rasa oren kegemaran...ditambah pula lapisan cheese yg lemak di atas..nyummy3. Cuma lapisan bawah tu ternipis skit. munkin loyang kita ada besaq. Walaupon dh doublekan adunan tp masih nipis. Len kali kena triplekan adunan kalau guna loyang ni, br cun noh. 
Kek ni dh sejarah. Semaalam wak lik ke kampong. Makan2 ngan adik beradik. Kebetulan adik yg dok dikelantan blk. Skali skala berkumpul makan ramai2 mmg seronok. Kalau Arwah Mak masih ada mesti dia yang paling gembira bila kami semua berkumpul. Apalagi ada bb baru Nur Alya Farisha yg bulat tu. Tak puas kacau budak bulat tu...geram.
Kak Maz saya minta izin CNP resepi dari blog akak yer.Harap dihalalkan...





Orange Marble Cheese Bar Cake
Sumber :  by Kak Maz@ ilhamdapur.blogspot.com


Bahan-bahan (loyang 7x7)

Bahan A
  • 40ml sunquick orange
  • 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
  • 2 kuning telur saiz A
  • 60g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1-2 titik pewarna orange

Bahan B
  • 2 putih telur saiz A
  • 40g gula halus
  • 1/8 sudu kecil garam

Bahan C
  • 200g cream cheese suhu bilik
  • 1 biji telur saiz A
  • 50g gula halus
  • 1/2 sudu kecil lemon jus

Cara

1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.

2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.

3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.

4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.

5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.

6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.

7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.

8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.

9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.

Thursday, 27 October 2011

Cotton Soft Japanese CheeseCake...nyummi...nyummi

 Assalamualaikum dan gud nite semuaaa....bila ada free mmg kat cni lerr haku melepak sambil merempitt..ngengggg..ngengggggg....2 ,3,4 menjak ni mmg haku telah mengalami kebizian yg amat sgt. Maklumla 2 umah skrg..muahahaa, Bkn haku beli umh la..duit x ckp lagiks...sebab mak ayah dh p menunaikan haji pada 16 Oktober yg lalu. Jd mmg jd tanggungjawab kami utk tlg tgk2kan umah mak ayah. so kdg2 kami blk sna..tdo sana. Pendek crita..ikut suka hati kitaorg rasa nk tdo sana kami angkaut ken baju p sana. Nk blk kami angkut plak blk umah..hahhaa..camtu la citernye. So kalau kat umh sana tenet sloww tahap siput sedut...maleh haku nk tgg berejam2 nk loading tu. Kalau kat umh leh la merempit camni.....ha sudah melalut dh. berbalik kepada cheese kek yg tgh posing tu sebenaqnya haku buat smlm. Kan cuti Deepaveli..so sbb rancangan nk p tgk BB baru tak dpat on ..ubt mengubat rasa sedih dan keciwa haku bake le kek ni. lg satu sbb ialah masa dok buat 5s kat peti ess umh haku tu haku terperasan cream cheese tu dh nk expired 11 Nov ni. Sayang plak kalau biar nnt sahih haku lupa...so haku pon merajinkan diri buat kek ni. Belasah 2 adunan sekaligus....bila simpan2 almari stok bahan baking nampak plak blueberry filing pon tak lama nk habis hayat dh...jd haku curah le atas kek td...Terima kasih pada Alma@MyResipi. Dh selalu buat kek ni sbb gebus dan sedaaappppppp.....terima kasih yerr..minta dihalalkan kite amik dan tepek kat cni....


 
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-

Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

 

Thursday, 4 August 2011

Ramadhan 4 - Red Valvet Marble Cheese Brownies

Assalamulaikum....pehabaq kwn2 semua. Macam mana Ramadhan tahun ni?. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dariNYA di bulan yg mulia ini...aminnn.
Dh lama haku tak dak kesempatan menghapdetkan diri kat dapoq yg satu ni. Bz kat dapoq basah jerr...dapoq kering ni x terjengok. Al maklumla bulan pose. Blk keja jer haku kena bertungkus lumus aka berperang kat dapoq sediakan juadah berbuka. Umh haku ni senang ja..mmg ari2 berbuka makan nasi.Hehehehee...so ari2 dok penin jer nk masak lauk hapa.....kena ligan masa. Kalau tak x sempat siap sebelum berbuka. Bulan posa tpt keja aku benarkan semua staf blk 4.30 ptg berbanding hari biasa kul 5.00ptg. Lps blk keja terus singgah kedai runcit cr bahan utk masak...sampai umh pon selalunya dalam pkol 5.15 jugak. Ramai wooo org time bulan posa ni. Nk bayar pon beratur. Sampai jerrr umah kena kuarkan lauk dari peti ais...lps solat asar terus jek keletung keletang masak....kdg2 elok siap masak azan maghrib la. Apapon haku suka sebab dapat masakan utk anak2 dan suami tercinta. Syukur diaorang pon mkn selera j,e haku tgk rasa berbaloi....
Sikakak pon dh 4 ari dia berjaya posa walaupon baru belajar....sayang anak ibu. Alhamdulillah tak de buat perangai langsung. Posa elok jer....ibu doakan kakak berjaya lalui puasa dengan jayanya...Aminn. Suka sgt bila dia dapat puasa. Hari2 haku cuba masakkan apa yg kakak suka. Harap dia akan semangat nk teruskan puasa sampai akhir.
Cuma yang palih sedih Ramadhan kali ni  tak dapat lg haku makan masakan yg mak masak. Dulu mesti mak slalu je tanya bile nk blk buka puasa kat kg. Tahun ni mmg sunyi tanpa mak...x dapat lg nk berbuka dan sambut raya dengan mak...Ya Allah tempatkanlah arwah ibuku dikalangan mereka yg beriman Ya Allah. Al-Fatihah buat mak..semoga mak damai disana. Rindunyaaaaaa kat mak. Rindu sgt2.....
Opssss...Maafla ter emo pula mlm2 ni.
Sebenornya nk tepek gambaq brownies ni...dh lama nk try so smlm menggagahkan diri buat juga. arini berbuka dengan kuih brownies la kami. Warna mmg menarik da boom btui..hehehe. Terima kasih kak Maz diatas resepinya... len kali nk try lagikkk...minta izin nk tepek kat cni yer kak....senang kalau nk buat lagi...meh layanzzzzz..................


Red Velvet Marble Cheese Brownies 
Sumber : by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...
Catatan : Ni dah kali ke 2 maz buat kek ni dan guna oven usang kat sini yg hanya ada api bawah saja dan kek elok masak sekata, jadi maz cadangkan untuk lapisan cheese tu bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)