Story Mory berkaitan Masak-Masak#Baking-Baking#Deko-Deko#Anak-Anak#Carca merba kehidupan#
Friday, 30 December 2011
Muffin Strawberry.....nyum2
Wednesday, 9 November 2011
Main-main ngan BC
Saturday, 9 April 2011
Strawberry Muffin with Strawberry Filing
Resepi muffin ni haku kidnap kat dapoq Kak Yatie @yatiememories yang sangat pandai buat kuih lapis dan kuih talam....Terima kasih kak Yatie. Anak cucu nk minta izin Copy paste kat cni....harap dihalalkan .
- 180 gm mentega
- 140 gm gula halus
- 2 biji telur gred A
- 100 ml susu segar
- 220 gm tepung gandum*
- 2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
- 1 camca teh strawberry emulco
Cara-cara
- Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
- Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
Saturday, 26 February 2011
Kek Span Strawberry...siaran ulangan
- tepong super fine - 150 gram
- gula kastor - 150 gram
- telor - 5 biji telor A
- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan - 80ML
- minyak / mentega cair -80ML
- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau [x]
- satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
- perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
- tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
- bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
- Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
Sunday, 20 February 2011
Banana Cake & Cupcake
KEK PISANG SEDAP
- 2 biji pisang
- 140g butter
- 120g gula
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar fresh cream
- 1 sudu besar jus lemon
- 200g tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Pukul butter dengan gula sehingga kembang
- Asingkan putih dan kuning telur
- Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
- Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
- Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit
Sunday, 6 February 2011
Strawberry Cupcake with Strawberry Filing
- 4 bj telur
- 100gm gula pasir
- 1 camca Ovalatte
- 25ml pati santan @ susu segar (haku letak susu segar)
- 50gm minyak jagung
- 100gm Tepung Gandum
- 1/2 camca Garam
- 1/2 camca Baking Powder
- 1 camca Pandan paste
- 1 camca Pandan Emulco
- 1 camca Coklat emulco
- Griskan tin kek dan lapikkan dgn kertas minyak. Ketepikan.
- Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. Ketepikan
- Pukul gula dan ovalette dalam mangkuk adunan sehingga rata.
- Masukkan telur satu persatu sambil dipukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan pekat.
- Perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata.
- Masukkan minyak jagung dan santan@susu segar, gaulkan sehingga sebati
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Satu adunan dicampurkan dengan pandan emulco & pandan paste. Kacau sebati.
- Satu bahagian lagi dicampurkan dengan coklat emulco. Kacau sebati.
- Masukkan kedua-dua adunan berselang seli ke dalam loyang kek
- Ambil chopstik dan buat beberapa pusingan
- Bakar pada suhu 180c selama 30minit atau sehingga masak
- tutupkan switch oven dan biarkan kek didalam oven selama 5 minit.
- Keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
Saturday, 31 July 2010
oDers lagiks..tenkiiu
Cheese Tat
pssttt..nnt arr ahaku stori...bz sket
Sunday, 11 July 2010
CC Coklat & Fruit Tat
Saturday, 26 June 2010
Blueberry Muffin

Projek Muffin semalam.Kakak yg request nak kek untuk wak bekal ke tadika.Pastu ada blueberry yg aku sambaq kat tesco minggu lps nun. Terus on ler jadikan Muffin..mahai ler fresh blueberry.seciput jek RM10.Resepi kidnep dr gobok kak Noreen UK.Jauh nihhhh..Kak kite CnP je la ekkk...tq
1. panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
2. satukan tepung, garam dan baking powder yg telah diayak bersama2 dengan gula dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2 dan ketepikan
3. di dalam jug atau mangkuk lain, satukan telur, susu, minyak dan whiskkan sekejap sehingga sebati
4. tuangkan adunan telur tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati. jangan kacau terlalu lama cukup sekadar adunan sebati. adunan memang akan berketul2 sedikit kerana jika kacau adunan terlalu lama muffin akan jadi keras
5. masukkan blueberry dan parutan lemon ke dalam adunan dan kacau perlahan2 jangan overmixing
6. setelah itu bolehlah diisikan 2/3 adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 20 - 25 min atau sehingga bertukar jadi keperangan/masak
7. setelah masak bolehlah di keluarkan dari muffin pan dan sajikan dengan butter
note: the less you stir once you've combined the two mixtures, the better your muffins will be. (to a point overmixing is much more common than undermixing)

Sunday, 20 June 2010
Blueberry Muffin again

Muffin tgh beratur tgg masa utk d ngap...
Projek utk makan-makan semalam.Buat spare kot2 lapaq sbb smlm x masak pon dinner. Ptg tu Mr. Hubby dh belikan mee kuah utk kami sume. Blk keja tu ngap dulu la mee tu ngan anak2. Mlm haku dh free x de buat pape so baking2 la muffin nih. Dh penah buat aritu. Haku gune tepung blueberry muffin yg segera jek...kaco2 bakaq.Mudah dan cepat kannn...sonang keja mokcik..cume haku memandai jek p letak filing blueberry & strawberry sesuka atiku.....lg sperauh aku buat plain jek...ekekekeke.Resepi dia nnt ekk...lupa plak nak snap...tp cume tambah teloq minyak & air jek...masa dok membakaq muffin nih baunya mak aiii...semerbak wangi...manis jekkk...perghhh....suka2.Anak2 baru kuaq oven dh x sabaq2 nak ngap...tu kes gambaq tu dh ilang 2 ketoi di ngap oleh anak2 ku itew.sikakak mmg suke mende2 camni....so smlm makan jek la muffin ni ye....
Sunday, 6 June 2010
Blueberry Muffin
Saturday, 10 April 2010
Tuesday, 30 March 2010
Oder lagikkk
Sunday, 28 March 2010
Kek Span Strawbery With Strawbery Filing

Ni lg satu projek smlm. Sonok haku ada gak kwn2 nk tempah kat haku. Kak suzi ni addict ngan strawbery. So mmg la sah2 asik tempah cc strawbery. Haku guna resepi sweet4ever MyR. Haku mmg suke ngan resepi ni sbb kek gebuss jek. Cuma kan aku pelik sket la kalo haku buat sebiji kek elok jek dia naik. Tp bila haku buat dlm cup masa dlm oven bkn main cantik dia naik.Bila masak aku buka jek oven merundum dia turun...nape ekk. Ni yg haku x puas hati. Tp sbb dia mmg gebus dan sedap aku buat gak. lgpon kak suzi nk kek ni. Kang pandai2 tukaq dia sekeh pala haku lak. Naya ja.So minta izin tuan punya resepi nk tepek kat cni buat rujukan haku dan anak cucu haku nnt...
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
- tepong super fine - 150 gram
- gula kastor - 150 gram
- telor - 5 biji telor A
- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan - 80ML
- minyak / mentega cair -80ML
- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau [x]
Cara-cara
- satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
- perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
- tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
- bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
Wednesday, 17 March 2010
Cupcake Span Pandan With Kiwi Filing
Thursday, 4 February 2010
Gebulicious Butter CC
Taraaaaaaaa...nk tayang jugak CC haku buat niii...buat ari apa ntah...ni baru ada masa nk buat n3.Asal resepi ni dari Cha@myr kalo x silap..skodeng kat umah kak Juns.Mmg Gebu CC ni sbb dh manyak kali buat pon...cuma kali ni kureng sket kegebuannya x tau silap tang mn...papon mmg dap bila ada strawbey filing kat dlm....Kak Juns kami CNP dr blog kak Jun ek...minta halal sumeeeeee........sok haku cotiiiii...yeeeehaaaaaa....best2.Nak ke CC ni???..nah amik resepi p buat nah....
- 250g butter
- 5bj telor gred b
- 200g gula kastor
- 210g tepung self raising (ayak)
- 1 sudu teh esen vanila
- sedikit pewarna kuning

Cara2:
- Pukul butter dan gula hingga gebu
- masukkan telur sebiji dan kacau sebati.Ulang proses ini hingga telur habis
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gunakan kaedah kaup balik
- Panaskan oven 180C (10 minit). Bakar selama 15 minit atau hingga masak.
Sekiannnnnnnnnnnnnn.......
Saturday, 25 July 2009
Gebulicious Butter Cupcakes

CC ni dh lupa buat ari apa sbb dh manyak ari x sempat nk buat N3.....nengok kat dapoq kak jun....kak jun buat mmg comei lote.....haku buat sempoi jek...x dek nye nk letak2 aising..maleh sungguh haku ni kan......resepi asal dari Cha Myr nun...apapon tQ Cha & kak Jun atas resepi yg mmg gebuslicious nihhh...haku letak strawbery filing kat dalam...walllahhhhh...mmg terangkat beb.....Kak Jun n cha ...na cnp je ekkk......tq
Bahan2
- 250g Buttercup
- 5 biji telur (gred B)
- 200g gula castor
- 210 tepung self-raising (ayak)
- 1 sk esen vanilla
- sedikit pewarna kuning (optional)
- lemon rind (kulit lemon parut)-ni akak pepandai sendirik tambah..rasa lg best taw!
Cara-cara
- pukul butter dan gula hingga gebu
- masukkan telur sebiji dan kacau sebati. Ulang proses ini hingga telur habis.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit..gua kaedah kaup balik.
- panaskan oven 180c (10 minit)..bakar selama 15 minit..
- pssst..petua kek naik cantik,ringan dan gebu ialah anda perlu panaskan oven pada suhu maksima di oven anda selama 10 minit. Selepas oven dah panas,tukar suhu kpd 180c dan bakar selama 15 minit..jgan lupe turunkan suhu..klu x hangit la kek mu itu..hope it helps..
Wednesday, 8 July 2009
Muffin Pisang
Projek dipagi hari...muahahahaa...pg td terbangun awai...so aku pon buat la muffin pisang ni memandangkan pisang tu dh naik kaler black...nk buat smlm x sempat...dap nih...aku kukus jek....so pg td kami sume bfast ngan muffin....resepi kulupa mik dari mn...nnt la aku edit len no...tu pon kalo jupe resepi...so layan je la gambaq dulu....

Tuesday, 16 June 2009
Strawberry cupcakes

Resepi ni aku mik dari dapoq kak Noreen@ myhome cooking blog....mmg sempoi habisss...cepat..sedap...lazat....TQ kak Noreen........Saye CNP kat cni je ekkk.....
Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size muffin cases):
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan gula kastor
- 1/2 cawan susu segar
- 125gm mentega - dicairkan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik
- 2 biji telur - dipukul sedikit
- 1 camt esen vanila
- 250gm strawberries - potong kecil dan chopped
cara:
1. panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
2. satukan tepung dan gula ke dalam mixing bowl dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2
3. sementara itu satukan susu, mentega cair, telur dan esen vanila ke dalam jug dan kacaukan sebati. setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan masukkan strawberries. kacaukan adunan sehingga sebati tetapi jangan terlalu overmix nanti cupcakes menjadi keras
4. sudukan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 12-15 min atau sehingga masak


































