Saturday, 6 March 2010

Siew Pak Choy with Oyster Sauce


Resepi dikidnap dari dapoq kak Hana Jepon lagik nehh...kak sory la noh dok wak lari resepimu itew...dh kena ngan tekak haku nehhh..kita amek ekk..halalkan...sayang kak Hana..len kali nk CNP lagik nehhh...dh lama peram resepi nehhh..so layanzz jek

Bahan-bahan

* seikat sayur siew pak choy
* 4-5 sudu mkn sos tiram
* 3 ulas bawang putih- cincang
* seinci halia - cincang
* air sedikit
* serbuk perisa@gula - jika suka
* tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah - hana x ltk sbb dh pekat
* bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara

* sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
* angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
* panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
* masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
* didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
* hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Tepung Talam Pandan



Kuih kegemaran haku....Tepung talam pandan nih...kali ni kuih aku menjadi dgn jayanya.Aku hentam cukup.Makasih Kak Jun share resepi nih.Dulu dh penah cuba tp kerang keng...tensen gak sbb x sedap....yg ni kira dh menepati selera aku la.Bagi aku kira ok la sbb haku mmg x reti buat2 kuih nihhh....mmg ikut resepi sejibik2....hehehe.Resepi asal dari Maisya.Tq2 sume2. Kak Jun kite cnp jek..mmg malas nk taip kite nihh....tq

Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Kek Coklat Tanpa Telur Kak DJ



meh3 sini haku nk story nihh...ade berita gumbira nehhh...keh3. jeng..jen..jeng...sat la nk habaq la nihh...Sebenaqnya haku nk habaq aku buat kek coklat menjadi dengan gebusssnyaaaaaasssss....sonoknyeeeeeeeee....bukan apa kan slalu aku kalo buat kek coklat ja mesti jd cam bingka.Bkn slali tp berkali2. Kali ni aku nekad buat lg amik resepi dari dapoq Kak DJ. Haku tawakkal jek sbb haku teringin nengok kek cekelat yg begitu menggode jiwa tuh...masa dok tunggu kek masak tu haku punya la suspen. Tp Alhamdulillah kek aku jadi dgn cunnya...gumbiranya hatikuuuu..so dengan murah hatinya amek la srg sket rasa noh.....sila2. Kak DJ kite CnP resepinye ye..bkn apa sebagai rujukan kite bile nk buat lagikkk......tq sume2 yg sudi share resepi......ariosssss

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)