Monday, 30 January 2012

Kek Lapis Kukus Asam Manis @ Hawflakes


Bila dh start anak sekolah ni bz jerkk rasa (ecececee...kunun). Nk lepaks2 kat cni pon agak terhad. Dh jd cam cipsmore n3 kt blog ni. Bukan x dak masak tp x dan nk edit dan upload gambaq plus baloq liat...(yg last tu yg lebeynyaaaa...kikiikikiki)
Ha..kek yg dok tergolek kat atas tu buat ari sabtu lps. Dh lama x buat kek Asam Manis @ Hawflakes ni. Dh berkarat skil akakk ni. Kena la rujuk resepi blk. Kek ni leceh sebab kena kukus selapis2 tu la. Dia lama skit tara nk habis lapisan tu. Tu yg slalu dok bertagak jek...x larat nk berkawat tara nk siap sebiji pon. Pastu umah dh rasa cam sauna jadinya. Yang tu yg x tahan tuuuu..kalau ari cuti hingga la sebab leh buka pintu tingkap semua. Kalau buat malam..huhuhuhuuhu..sendiri mau tau laaa...
Resepi penah tepek kat sini dh. Pandai2 la korang godek2..haku malas ni,..ahakas..

Friday, 27 January 2012

Sandwich Loaf


Assalamualaikum....dan gud monin. Dh bekpes ker kwn2..hohoho dh koi 11 br tanya bekpes. Dh nk makan tgh kan. Takpala haku tetap nk tanya camtu.bleh kan. N3 roti lagik. Permintaan dari Bigboss. Okess nk p masak dulu...kang lambat bleh makan pula kan.
Resepi digodek kat dapoq CMG. Thanks yer CMG.....izinkan kita letakkan resepi kat cni yer...

BAHAN DOH SPAN :-)
2 camca teh instant yeast
2 camca besar air
300 g tepung roti
175 ml air sejuk (dari peti sejuk)

BAHAN DOH UTAMA :-)
200 g tepung roti
35 g gula halus
1 camca teh garam
1 camca besar susu tepung (jgn beli "made in China" punya okeyyy!!!)\
100 g whipping cream
30 g lemak sayur (shortening)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. DOH SPAN :- Satukaan instant yeast dengan 2 camca besar air, kacau rata dan biar 10 minit. Kemudian masukkan tepung dan tuang air sedikit demi sedikit sambul digaul hingga menjadi doh. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas kedap udara. Biar menapai selama 2 1/2 jam. Ia akan naik seperti adunan apam.
  2. DOH UTAMA :- Satukan semua bahan lain ke dalam no. 1, kecuali lemak sayur. Adun hingga sebati dan masukkan lemak sayur, uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin, kena uli lama sikit untuk mendapatkan tekstur seperti ini. Bagi kepada 4 bahagian sama besar, bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ratakan doh, gulung seperti swiss roll. Buat hingga siap dan rehatkan 10 minit. Ulang sekali lagi proses yang sama dan susun dalam tin Pullman yang berukuran (28 x 11 x 11) cm yang telah disapu mentega secara bertidih, 2 gulung dibawah dan 2 lagi diatasnya. Biar selama 45 minit. Tutup dengan acuan dan bakar pada suhu 200C selama 35 minit. Keluarkan serta merta dari tin dan sejukkan atas jaringan.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan no. 1 ke dalam breadmaker, tambah bahan2 doh utama, pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biarkan BM menguli selama lebih kurang 30 minit. Keluarkan dari BM dan teruskan dengan langkah no. 2 (BM biasanya mengambil masa 30 minit untuk menguli dan 1 jam untuk memerap doh, untuk resipi ini, kita cuma perlukan BM menguli sahaja, bergantung pada jenis BM masing2).

Tuesday, 24 January 2012

Orange Marble Cheese Bar Cake

 Jom kita jamu mata ngan Orang Marble Cheese Cake petang2 ni. Pekena ngan kopi..perghhhh...best siot beb. Hahahhahaaa...Tenkiu very much buat Kak Maz@Ilham Dapur yang menggoda dgn gambaq ciskek beliau yg sungguh mengancam. Thanks kak Maz sebab bg resepi sekali. Kek ni mmg best. Dengan bau dan rasa oren kegemaran...ditambah pula lapisan cheese yg lemak di atas..nyummy3. Cuma lapisan bawah tu ternipis skit. munkin loyang kita ada besaq. Walaupon dh doublekan adunan tp masih nipis. Len kali kena triplekan adunan kalau guna loyang ni, br cun noh. 
Kek ni dh sejarah. Semaalam wak lik ke kampong. Makan2 ngan adik beradik. Kebetulan adik yg dok dikelantan blk. Skali skala berkumpul makan ramai2 mmg seronok. Kalau Arwah Mak masih ada mesti dia yang paling gembira bila kami semua berkumpul. Apalagi ada bb baru Nur Alya Farisha yg bulat tu. Tak puas kacau budak bulat tu...geram.
Kak Maz saya minta izin CNP resepi dari blog akak yer.Harap dihalalkan...





Orange Marble Cheese Bar Cake
Sumber :  by Kak Maz@ ilhamdapur.blogspot.com


Bahan-bahan (loyang 7x7)

Bahan A
  • 40ml sunquick orange
  • 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
  • 2 kuning telur saiz A
  • 60g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1-2 titik pewarna orange

Bahan B
  • 2 putih telur saiz A
  • 40g gula halus
  • 1/8 sudu kecil garam

Bahan C
  • 200g cream cheese suhu bilik
  • 1 biji telur saiz A
  • 50g gula halus
  • 1/2 sudu kecil lemon jus

Cara

1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.

2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.

3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.

4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.

5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.

6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.

7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.

8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.

9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.

Monday, 23 January 2012

Cheese Tat againssss......

Blueberry & Strawberry Cheese Tat

Buat lagi Cheese Tat. Request dari sahabat Bigboss utk kenduri kawen anak perempuannya. Dia minta buatkan 80 pcs. Haku letak dlm bekas cumil ni cuma tak da riben la pulak. Masa p kedai bakery tu dh malam. Kat kedai tu dh habih plak stok riben...kalau ada riben mesti comei kann...kan..kan.....nk p kedai lain pon dh x sempat. Masa awai tu p cr mixer sebab mixer haku dh kuaq asap beb. Boleh guna lg tapi bila on jek dia berasap dan bau hangit. Seriau haku ....so aku wak p repair 2-3 hari lepas. Masa on the way blk dari hantaq mixer tu nk repair la member Bigboss call nk tat ....hahahahhaa.....biasa la kan ...mixer cap ayam jek. Guna x padan2. Mau tak berasap.  So sebab bajet pon ciput beli jek hand mixer dulu....janji bleh mengekek dan baking2...Alhamdulillah........

Tuesday, 17 January 2012

PMC...nk p ka dak

Gambaq cari kat Google...kalau tak silap dari Encik MANLAKSAM.BLOGSPOT.COM
(Minta halal yer tuan punya gambaq..saya pinjam letak cni)

Hari ni hari Rabu..kalau kat Changlun ni hari Rabu ada Pasaq Malam Changlun. Kalau rajin nk juge p ronda2 ngan Bigbos. Slalu kalau p PMC (Pasaq Malam Changlun le tuuu) ni mesti atas sebab nk cari Laksam. Haku mmg suka laksam kat PMC tu..sedap. Dulu Rega Singgit dua kupang...skang dh dua hingget. Apapon haku tetap beli kalau rasa nk makan. Haku mmg jarang P PMC ni kalau just nk ronda2 sebab malas berimpit2 ngan org ramai...keh3. Tapi kalau malas nk masak mmg kena p gak. Jalan jalan cari makan. 
Erm..derian pon banyak skrg. Best jugak kalau buat pulut derian noh..ujan2 ni pekena pulut mmg mabeles...isk..time skang mmg teringat makanan ja haku nih..okeh dh pkoi satu nk kuaq p makannn..jom2

Lagi2....hehehee...layan jela kannn



Assalamualaikum....hahahaaa..tak abis2 gambaq steamboat kan..arini masa check folder gambaq Henpon ternampak gambaq ni. Makan steamboat ni kat Camron masa cuti2 Krismas aritu...mmg best weh..sejuk2 malam kat Cameron Highlands pekena Steamboat, mmg layan habessss.
Masa sampai jer oder haku ngan Bigboss saling berpandangangan,..mak aihhh byknya. Kami oder untuk 2org makan. Tp lps tu licin beb...kah3...pas makan pakat lawan gelak plak...cam x caya kami 4 beranak habiskan semua ni. Termasuk nasi grg. Tp mmg puas la makan. Sup dia sedappp...bahan2 pon byk...
Len kali leh p lg kan BIGBOSS kannnnnn...........
mau pengsan bigboss kalau dia baca nihh....apapon u are the best lerr abahhhh...caiyok2

Monday, 16 January 2012

Jalan2 cari pasai .....pastu makan...

Gambar Ehsan mik kat google....

Assalamualaikum..selamat petang semua. Dh petang baru sempat nk hapdet. Ni pasai jalan2 cari makan semalam punye citeeee...Semalam public holiday bg Warga Kedah sebab Birthday Of HRH Sultan Kedah. Jadinya 3 hari ler haku lepaks2 kat umah. Tp mmg lepaks2 btui sebab haku tak p mana2 pon sampai la malam tu Bigbos wak kami jalan2 cari makan...keh3. Teabiat dh masak utk makan tengahari je. Malam nk mkn luaq..keh3. Dh penat ronda2 bigboss wak kami p makan kat satu kedai ni Thai Steamboat...alamak lupa lak nama kedai tu...erm..tp cam gambaq kat atas tu lerrr. Slalu makan steamboat yg ada 2 jenis sup..sebelah tomyam sebelah g sup. Kali ni kira kelainan la skit. Tp okey gak leh BBQ skali. Harga pon berpatutan. Untuk Dewasa RM10 dan Kanak2 RM8. Makan la sampai kenyang tp kalau tak habis diorang akan charge yer. So makan ngan berhemah. Haku siap usik sikakak cakap kalau dia makan tak habis nnt tokei kedai tak bg balik...hahahahaha. Memang habis licin dia makan sebab takut takleh blk. Lps tu masa dalam keta dia siap cakap..ibu tak best la kedai tu. Haku pon tanya le knapa? Dia gitau sebab kalau makan tak habis nnt tak boleh ballik umah...hahahahahahaha....haku ngan bigboss terus tergelak ...kakak2. 

Friday, 13 January 2012

Kek Pisang Bercoklat.....Kita tak boh coklat ...

 Dh lama buat sampai dh lupa bila...dok takdan nk tepek kat cni. Kek yg sedap dan amat mudah nk buat. Terima kasih Pada kak Sofea@after6am yg sudi kongsikan resepi yg senang ni. Maaf yer kita dh tukaq ngan pisang berangan. Kes cari resepi ni pon sebab ada pisang berangan yg hampir luput dh kat umah. Asik buat cekodok je...takkan hari2 nk buat cokodok. So cari punya cari jumpa resepi ni yg sangat mudah dan cepat disediakan...sedap lak tu.....Yg dh potong x sempat nk posing dh....dh selamat.,.....tQ sekalai lg kepada tuan punya resepi...harap dihalalkan resepinya yerrr.....minta izin nk Cnp kat cni....

KEK PISANG BERCOKLAT
BYSofea@after6am

Bahan-bahannya:
10 biji pisang emas ~ lecek bersama 1 sk soda bicarbonate
5 biji telur B
1 1/4 cawan caster sugar
2 titik esen pisang @  1/2 sk esen vanila
2 3/4 cawan tepung gandum + 1 sk soda bicarbonate~ ayak
1 cawan minyak jagung
( ini utk kek pisang biasa, jika nak yg bercoklat boleh masukkan 100gm parutan cooking chocolate)

Cara:
1. Masukkan telur, gula dan esen ke dlm blender dan blend hingga kembang dan putih.
2. Tuang bancuhan telur tadi ke dlm mangkuk pisang yg telah dilecek. Gaul rata dgn menggunakan sudip @ spatula.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit2 selang seli dan minyak.
4. Akhir sekali masukkan parutan cooking chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan dalam papercup @ acuan yg telah dialas kertas dan disapu minyak @ mentega.
6. Bakar 160'c selama 30 -40 min. Utk papercup bakar lebih kurang 20-25 min.

Tuesday, 10 January 2012

Anak Menakan @ anak sedara Haku yg Bolat...Alya Farisha

 Assalamualaikum.....monin semuaa. Harap pagi ni kita lebih baik dari semalam kan....Haaaaa...korang mesti tertanya2 si bulat mana la dok tayang pepagi nih...jeng3...bukan2...tidak seperti yg korang fikirkan....bukan haku baru dapat bb tp ni anak adik aka anak menakan haku yg pertama..sebelah haku la....Bolat kan...geram jek haku tengok...sib bek jauh kalau tak nk gigit2 pp dia yg montel tu....nama bb bolat ni ialah Alya Farisha....


Gambaq ni yg paling haku sukaaa....sebijik dan mmg saling tak tumpah macam muka arwah mak. Al-Fatihah buat arwah mak....masa first tgk gambaq ni mmg rasa terharu sebab mmg tak boleh nk kata apa lg. Mmg muka arwah...Allah amik mak dia bg bb bertuah ni muka cam mak supaya kami slalu boleh tgk dia...erm...rindunya kat mak....Semoga mak bahagia disana..Mak, ni la cucu mak yg No.3.....tak sempat mak nk tgk dia..kalau mak masih ada mesti mak org yg paling gembira.......
huhuhuuhuhu..dh teremosional pulak....
Tak sabaq nk tgg bb ni blk kedah....cepat2 blk tau...mak Long teringin sgt nk tgk Alya....cayang Alya

Sunday, 8 January 2012

Jom Join Bisous 'A Toi : My 6th Giveaway - A night at Casa Del Rio, Melaka!

Huhuhu.....menarik2..jom semua pakat join contest ni...untung2 dapat p holiday kat melaka....thanks kak Rima .....

Join jer kita xkan rugi kan....bukan semata2 sebab hadiah tp persahabatan sesama kita......so korang mmg patut join....untung sabut timbul..keh3....

 

My 6th Giveaway - A night at Casa Del Rio, Melaka!

It's time again!

This time I hv something really special! As u know I hv twice written abt our trip to Melaka here and here. Both times we stayed at the CASA DEL RIO - MELAKA.

So thanks to the management of the Casa Del Rio... I hv as a giveaway.... a ONE NIGHT stay at this wonderful hotel! yaayyyyy



Lemme just talk a little abt this hotel:

66 luxuriously appointed rooms located by the idyllic Melaka River near the entrance to the historic straits, named after this city, Casa del Rio is designed to capture curious landmarks and unforgettable view. This newest boutique hotel in Melaka is a stone's throw away from the heart of The Historic city of Melaka, listed on the UNESCO World Heritage List.

The architectural design pays tribute to the Portuguese heritage of Melaka as well as the unique Melaka Sultanate. While it blends with the historical surroundings and echoes of the past, the hotel caters for the modern 21st century guests' needs and facilities. We keep our dining wholesome and down-to-earth by showcasing authentic flavours.

It was just recently awarded the 2011 "Best Weekend Break" Excellence Award by the Expatriate Lifestyle magazine.

So anyway...... how do you get to WIN this free night which is valued at RM700?!

Step 1: "LIKE" the Casa Del Rio Facebook page. Link is HERE
Step 2: In my comments of this post - below, answer the question: "What would I do in Melaka if I won"

I will hv two prizes this time... the second prize will be a S$50.00 (RM121.00) voucher from my Store.

Rules:

1) ONE entry per person.
2) You MUST sign off with your Name. No name, no game...
3) I will sort the result by numbers, confirm with Casa Del Rio that you have LIKEd their FB page and then use random.org to chose the winner.
4) Bisous A Toi decision is final
5) Contest ends at 7pm on Wednesday, 11th January 2012.

Thats it.. easy peasy!! to all.. what are u waiting for.. do the clicking and ur on ur way to a night stay at Casa Del Rio.. good luck everyone!!


Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)