Assalamualaikum kepada semua kawan2 yg singgah dan jengok2 dapoq ni.
Al-Fatehah buat arwah ayahanda tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22 November 2012 jam, Khamis jam 1.20 pagi di hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani kerana sakit tua.
Betapa terasa kehilangan dan kekosongan jiwa seperti separuh jiwa dh dibawa pergi...Hanya yang tinggal adalah kenangan yang menyentuh hati nurani. Kenangan yang tak bisa lagi diulangi. Sesungguhnya Kak Long sangat menyayangi ayah...Kak long dh cuba buat yang termampu dan terbaik untuk ayah. Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..semoga ayah ampunkan segala dan halalkan segala keringat ayah selama membesarkan kak long dan adik2.
Kini Kak Long dh tak da sapa2 lagi..mak dan ayah dh tinggalkan kami buat selamanya. Tak sangka begitu singkat waktu kami untuk berbakti kepada mak dan ayah.
Ya Allah kau ampunkan dan kasihanilah kedua orang tuaku seperti mereka mengasihani kami anak2nya ini. Ya Allah..kau cucuri rahmat ke atas roh mereka Ya Allah..