Wednesday, 27 November 2013

PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH

 Ehehehe..mana tahan dok tgk geng2 baking dok asik tayang kek cheese meleleh jek...teringin beb. Nampak mmg menggiurkan..google2 jumpe kat dapoq kak Nor Azmihah...Kak Nor minta izin yer share dan tepek kat cni...senang nk rujuk nanti....Tapi ampun yer kak Na dh Ubah skit ikut kesesuaian sbb Na x buat lapis2...buat perisa pandan ja...Sedap dan mmg kena ngan anak tekak sekeluarga. Sat ja dh clear licin..huhuhu...x sempat nk simpan utk esoknya..mmg sedap..mabeles...mmg kna buat lain la...
makan sambil pejam2 mata apa nk dikata oiii....karan habeh...keh3
Thanks kak Nor Azmihah & Sherry MZ kerana sudi kongsi resepi....harap dihalalkan



PANDAN SNOW CHEESE CAKE MELELEH
resipi asal : SherryMZ & Sweet4ever
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
* kek sponge:

150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna hijau
perisa pandan


* krim :

1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega (sy x letak-ganti ngan susu segar)
1/3 cawan susu pekat manis


cream cheese d putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Masukkan susu segar hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar


~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.
Cara:
  1. Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
  2. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
  3. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air.
  5. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  6. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.(yg ni kita skip sbb kita buat satu perisa ja)
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
  9. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.


Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

Tuesday, 26 November 2013

Non Bake Cheese Cake

Assalamualaikum....wootwottt..dh lama x dan sempat nk bt N3. Arini gegeh nk buat jugak..hahaa..buleh le gtew. Sebenaqnya ada gak baking2 utk kanak2 rebena & Abah ribena kat umah tp x dan nk edit ngan up n3. Pasrahhh......okeh, nk stori pasal kek cheese yg mmg meletop bak kta Dhila Rozi ni. Kesimpulannya mmg besh oii. Haku mmg x penah buat apa2 kek yg kna gunakan gelatin..x yakin beb. Takut x menjadi. Tapi sabtu lepas gamble ja...hantam..nekad  nk buat gak. Jadik ke idak blkg kira. Alamdulillah menajd dengan jayanya..haku suke...haku suke....Si kakak Hanis mmg mkn bersungguh2. Kat umah mmg laku jek kalau Cheese kek ni...hehee..so thanks sgt Dhila Razi & Kak Hana...resepi asal dari Kak Hana yg comei (ayat bodek)...hak3. Terima kasih dan Mohon halalkan yek..Kite nk tepek kat cni nnt senang nk rujuk...

Cheese Cake















Sumber: Kak Hana
Sumber: Dhila Rozi

Bahan-bahan
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Strawberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. *utk resepi nih hana guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler gune jem je)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.

Friday, 18 October 2013

Bake Pasta@ Macaroni Bake & Cheese


Assalamualaikummm....hehehe...jap ada jap ilang kan haku ni. Nak buat camna kadng2 ada perkara yang lebih penting perlu diselesaikan. Apalagi bb Hannan tak sihat dan perlukan lebih perhatian. Biasala bb kalau demam ngan selesema mesti meragam...so mmg x dan la haku nk ngadap blog ke hapa...FB pon on9 melalui Henpon jek...hehehe. Skrg Alhamdulillah semakin sembuh dan ceria dh. Hari Raya Aidiladha tahun ni mmg xdak mood nk raya bila anak2 x sihat. Jadinya dh 4 hari dok terperap ja kat umah. Jadi utk mengubati kebosanan haku keja masak jek. Bila bb Hannan ngan anak2 dh tdhaku pon apalgi stat la projek macam2...Alhamdulillah..mmg ubat tension yg mujarab bg haku. Nak buat camna...jiwa haku kan semua tu. Bila dapat masak or baking apa yg haku suka,....mmg menenangkan........ 
Huk alohhh..panjang bebenor ler beblannyye ekk...hahahha...layan jela yeoppp... 
Zaaaassss saje je nk tepek resepi Bake Macaroni ni...sebab sedappppp sgt. T nk buat senang nk tgk ...TENQ la kat kak Dayang Jack yg sudi kongsi resepi yg sangat..sangat...sangat sedap ni. Maklumla haku ni mmg terlebih terer kalau bab masakan westernm ni...haku mmg suka jek skodeng kat Dapurku Sayang tu sebab mmg resepi Kak DJ sgt kena ngan selera dan jiwa haku ni...Terima kasih kak Dj...sayang akak...
Minta Halalkan yer sy nk tepek kat blog sy buat rjukan dimasa hadapan....

RESEPI BAKE PASTA @ MACARONI BAKE & CHEESE
Sumber: Dapurku Sayang (Kak Dayang Jack)

Bahan-bahan (Utk 4-5 orang)
  • 2 Cawan Macaroni + 1 cawan pasta spiral (direbus hingga masak)
  • 150 g minced beef
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 tin kecil puri tomato/ 1 botol kecik sos spagety
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • garam
  • 1 sudu besar cili kisar ( yg ni saya tambah)
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih
  • 2 cawan susu segar 
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 slide cheesedale @ 30g cream cheese
  • sedikiit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • Garam dan gula secukupnya
Hiasan(Topping)
  • Mozarella Cheese (diparut)
  • Cheddar cheese (diparut) yg ni sy tambah
  • Pepperoni (sy tambah jge)
  • Oregano
Cara-cara:
  • Cairkan mentega dan Tumis bawang putih ngan bawang besar td.
  • Masukkan daging cincang dan masak hingga airnya kering.
  • Masukkan puri tomato @ sos spagetty, sos cili, sos tomato, garam, gula secukup rasa dan kacau sebati
  • Masukkan Mushroom
  • Masak hingga menjadi pekat dan masukkan pasta yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Tutup api dan ketepikan.
Sos Putih
  • Cairkan mentega, masukkan cheesedale @ cream cheese hingga cair
  • Tuang susu segar dan masak hingga mendidih
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau hingga pekat

p/s: apa yg saya tlis mungkin x sama ngan resepi asal..ni cr sy buat...sila rujuk ke resepi asal di blog Kak DJ yerrrr.....skali lagi tenkiu kak Dayang Jack...

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)