Meroti la pulakkk haku kali ni...roti ni masa baru masak okla lembut. Bila simpan sari jd keraih cam ketoi batu. Tang mn silap pon x tau aa...aku rasa uli dh tahap gaban dh. mayb sbb aku dh menderhaka kot letak filing kat dalam...kehkehkeh.Tp takpa nnt aku coba buat lg sampai jadik. Resepi diangkut dari Umah CMG. Resepi asal dr landlord myresipi sapa lagi kalo x lain x bukan kak Yani. Tq sumessss.....kita cnp lagik CMG....jangan mare aaaa....
BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment