Friday 28 January 2011

Kek Tiramisu....akhirnya

 

Taadaaaa.... nak tepek gambar kek Tiramisu yang buat semalam. Semalam ada tengok tiramisu strawbery kat umah K.Nor secubit garam. Memang menggoda. Balik keja ja terus p cari bahan. Satu supermarket haku tawaf semata-mata nak cari biskut jejari perempuan@lady fingers aka biskut tiramisu tp tak de. huhuhuhu...frust btui. Namun disebabkan semangat yg tengah berkobar-kobar mcm jalur gemilang tu haku tetap nk buat gak tiramisu. So search la dalam tenet resepi tiramisu yang bleh buat ngan bahan yang ada. So ni la ropa parasnya setelah haku bertungkus lumus semalaman (ayat tambah nih).ehehehehee...Resepi haku amik kat Blogresepi. Minta izin nk tepek resepi tu kat cni sbb len kali nk buat lagi...sedapp...haku suka. Resepi asal letak dalam gelas..haku bantai buat sebiji kek..gasak la..hehehe...jom layan...




Resipi Kek Tiramisu Simple
sumber:blogresepi
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (haku buat sponge kek coffee)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…
Sila la amik sorang sepotong no....

No comments:

Post a Comment

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)