Sunday, 7 August 2011

Ramadhan 7-Tenggiri Masak Garo Rica

 Assalamualaikum...arini masak yg senang, simple dan sedap di tekak org kat umh ni. Masa tgk kak DJ tayang kat Dapurku Sayang dh terasa sedap nih. So smlm p cari ikan tenggiri semata-mata nk buat resepi. Masa dok prepare nk buat tu risau gak takut tak kena ngan selera bigboss. Tp syukur alhamdulillah dia layannzzzz..haku lg la mmg peminat masakan cenggini. Bau rempah yg wangi ...perghhhh...sedapnyeee. Tak sangka sesedap ni..thanks Kak DJ kerana sudi share masakan yg best nih. Semoga Allah memberkati ilmu yg Kak sudi kongsi....
Kak DJ kite minta izin nk tepek resepi tu kat sini...Insyaallah nnt nk buat lagi la...mkn x puas rasanya..okeh .Jom tengok resepinya....

Tenggiri Masak Garo Rica
sumber : Majalah Sedap, Mac 2010
adaptasi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 500 g kepingan ikan tenggiri
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • sedikit garam
  • 8 biji bawang merah (dihiris nipis) - boleh juga dikisar jika suka
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar cili giling/cili kisar
  • 3 helai daun bay (optional)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air secukupnya
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah
bahan-bahan kisar :
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili merah (dibuang biji)
  • 6 biji buah keras (disangai)
  • 1 inci halia
Cara-cara:
  1. Perapkan ikan bersama air asam jawa dan garam selama 30 minit. Kemudian, gorenglah dengan api sederhana sehingga berkulit. Jangan goreng terlalu lama supaya tidak keras. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, serai, daun bay, bahan kisar dan cili giling/kisar hingga terbit aroma dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga tersalut rempah.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga pekat dan rempah menyerap. 
  5. Hidangkan setelah masak.

 Menu wajib ada bulan posa....


2 comments:

  1. hmm...menyelerakan betoi tenggiri tu..

    ReplyDelete
  2. Kak Mas: Mmg best kak...berselera kitaorg mkn...

    ReplyDelete

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)