Friday, 23 September 2011

Kap..kap..sawadikap..jom Makan Laksa Siam....

 Arini kita p seberang sempadan skit ja...hahahaa...kita layan laksa siam plak. Sedap laksa ni..haku sukaaaa. Aritu ada makan kat umh member opis masa dia buat rumah terbuka..sedap sgt haku balun 2 mangkuk. Lps tu dok terasa2 nk mkn lagi, cari resepi nk cuba buat sendiri..Laksa dia haku oder je dari kak yg buka kedai makan tu...laksa dia halus2 je, kuah aku ada juga tanya kak Kedai mkn tu tp takut x jd aku googgle2 kat tenet. Hoh...lg penin sebab byk versi ropanya laksa siam ni...ada yg kena tumis..ada yg tak. Kali ni haku cuba yg tumis dulu. Sebenaqnya dh janji ngan jiran sebelah dia nk mai beraya umah haku. So kesempatan utk cuba buat laksa ni. Kalau buat setakat haku sorang nk mkn cam x berbaloi jekan....alhamdulillah dioang kata sedap....selain jiran haku sudah smestinya beshpren haku Kak Su..pastu haku bedak2 la kat jiran2 lain yg tak sempat nk keloi tu...apapepon terima kasih sudi mai beraya kat umh yer...Minta maaf andai ada yang terkurang....len kali mai lg. Best3....
Okeh berbalik pada resepi laksa ni setelah habih pikiaw haku rujuk kat resepi dari blog SURIRUMAH IT@mimieloma..tenkiu yerr. Minta izin dan halalkan resepinya. Nak tepek sini juga utk kemudahan dikemudian hariii

resepi laksa siam

Sumber: surirumah IT .

bahan2 utk kuah nye.


1 kg ikan selayang direbus dan dikopek isi nye(ske ati lah klu nak tukar pakai ikan ape)
1 kotak santan msg
bawang merah
bawang putih
kunyit idup
cili giling (kita tukaq cili padi)
(bhn2 diatas ni di blend halus)
lengkuas n serai di titik.(kita blend skali ngan bahan diatas)
daun limau purut(klu suke leh tambah lagi dgn daun kesum)
asam keping
garam secukup rasa.

cara membuatnye...
1.tumiskan bahan-bahan yg diblend tadi.
2.masukkan sekali serai dan lengkuas.
3.biar sampai pecah minyak baru masukkan ikan dgn santan.....tambah dgn air rebusan ikan sekali.
4.masukkan asam keping,daun limau purut,garam dan masak sehingga mendidih.
Siap utk dihidang.

p/s...bahan taburan ikut suke lah.....mimieloma guna taugeh,timun bawang dan telur rebus je.Leh ikut macam bahan taburan laksa johor....Utk pedas.blend cili merah dgn sedikit garam.

Thursday, 22 September 2011

Kek Lapis Koko Moca..cerita raya punya

 Malam ni tepek gambaq kek raya aritu...hehehe...lama perap gambaq ni kes malas nk edittt...kek yg mmg sedap sangat..aku suka2. Terima kasih pada kak Wan dan Kak Azlita....resepi asal dari kak Wan Citarasawan...terskodeng kat dapoq kak Ita...kek haku sememeh le skit tp kalau korang nk tgk yg cun sila tgk kat blog sifu2 okehhh....Tangan kak Ita & Kak Wan ni mmg bersenii..cantik sgt kek diorang....terima kasih semua. Minta izin tuan punya resepi nk tepek kat sini...len kali nk buat senang nk refer...

 
 
sumber: kak Azlita
Bahan A
250 gm mentega
150 gm gula castor
5 sudu makan susu pekat manis
14 biji kuning telur
Satukan mentega, gula castor dan susu dalam mixer dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan ini dalam satu bekas dan ketepikan.
Bahan B
150 gm gula castor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk tatar


Dalam bekas lain pukul pula putih telur sampai berbuih
Tambahkan gula dan serbuk tatar dan pukul lagi hingga kaku. 
Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan tu tak jatuh
Ketepikan

Bahan C
160 gm tepung Hong Kong
40 gm serbuk Holick
1 sudu teh baking powder
Satukan semua bahan C dan ayak.
Masukkan semua bahan C yang telah di ayak ke dalam adunan A dan gaul perlahan hingga sebati
Tuang pula adunan B dan gaul lagi hingga bercampur sempurna.

Wednesday, 21 September 2011

Kek Lapis Asam Manis (Haw Flakes) versi bako


Posing sebijik jela..x leh posing yg potong sebab org yg punyeeee.....


Assalamualaikum dan selamat malam semua......Alhamdulillah malam ni berkesempatan melepakkan diri kat sini. Nekad dh malam ni nk tepek gak kek lapis yg sempat baking semalam. Kek ni request by Bigboss untuk dibawa ke jamuan Raya Pejabat dia arini. Haku siap beli loyang besarrrr punya khas untuk nk buat kek nih. Saiz loyang ni 14x14x3. Mmg besar so haku buat 2 adunan dan rasanya dapat 9 layer je kalau x silap. Pastu bleh plak haku terlupa beli kotak nk isi kek ni...huhuhu. Bigboss bawa camtu je tanpa kotak. Sory yerr boss adinda lupa...keh3. Masa bakaq kek ni mmg berdebar2 juga takut tak menjadi...ni pestime haku buat kek lapis asam manis ni versi bako...sblm ni kukus jek. 3 jam juga haku dok tunggu kek ni masak. Syukur alhamdulillah hasilnya x mengecewakan....Tp kalau dipikiaq2 bab jumlah teloq yg digunakan tu leh pengsan wehhh. Untuk 2 adunan ni haku telah mengorbankan 2o biji telur dan hampir 1kg butter...erkk...nk pengsan2. tu pon haku guna butter biasa jek. Kalau guna SCS perghhhh....mmg pengsan terus. Hahahahahaah...Resepi telah dikidnap kat umah Bro Rozzan..terima yer. Minta Halal resepi nk tepek kat sini untuk rujukan dimasa depan....terima kasih sudi berkongsi resepi.....

KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan-Bahan


10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)


Cara:

1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.



Friday, 9 September 2011

Deko Cheese Tat ...tenkiu buat Kak Azlita & Kak HaSue

 Taddaaaaaaaa....ngeh3 (sengeh sampai telinga sebab seronok dapat buat tat ni...)....projek semalam. Excited gilerrrr. Dah lama sgt tak buat cheese tat nih. Request dari member Bigboss untuk anaknya. Enjoy sgt dpt buat tat semlm. Apapon haku nk ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kak Azlita@MASAM MANIS kerana telah share cara-cara mendeko cistat. Dh lama dok cari2 camna diorang buat corak2 yg cumil2 tu. Dekat umah Kak Hasue pon penah nampak juga cara nk buat bunga2 cumil tu.Terima Kasih kak Ita. kite minta izin nk kongsi kat cni pulak yerrr. ..semoga ilmu yg kak kongsikan membawa berkat. Resepi Cheese Tat kita guna resepi yg selalu2 dok tepek dh. Nak tgk step by step cara mendeko tat sila ke SINI okess...Semua hasil tangan kak Ita ni mmg berseni dan cantik skali.u
Haku punya biasa la kan...kureng kemas skit tp insyaallah len kali haku akan perbaiki lagi. Tapi memang best sgt2. Haku sukaaaaaaaa....siap buat tambah lagi tat kes seronok nak deco2 kat atas dia tu..hahahahhaa...pulun kan haku nih..keh3. 
Okeh dh habis kut citer psl tat. Sebelum haku terlupa haku nk berterima kasih kepada semua yg sudi singgah dan tinggalkan msg kat shoutbox dan komen kat cni. Maaf kalau haku tak sempat nk balas or singgah blk. Tu mananya haku mmg tak sempat buka or komen....Haku sgt menghargai semuanya. Harap tiada yang berkecil hati yerrrr. Terima kasih sgt2......

 


Wednesday, 7 September 2011

Aidilfitri 2011

 Salam Aidilfitri buat semua kengkawan. Mesti semua hepy dh beraya sakan kan?. Malam ni baru mood ada skit lajin nak tepek gambaq raya. Tu pon puaih gak haku dok adjust..kihkihkih. Almaklumla lepas bz beraya sambung ngan bz DEMAM+selesema+ BATUK dsbnya. Hah amik ko. MC dua ari beb. Dahle baru masuk keja sehari lps tu MC pula. Melampau kan haku. Tp nk buat camna kan. Bukan sengaja nk cuti2 tu. Bukan best pon kalau cuti sakit ni kan?kan kan? Hehehee (ade cam ayat cover tak?...tp sakit btui2 ni...x tipu tauuu) 
Apepon Alhamdulillah haku dh beransur sihat..tu yg malam ni ada skit kerajinan nk bebel2 kat cni. Syukur2.
Tema raya tahun ni pilihan sikakak..MERAH woooo. Ntah apa mimpinya tetiba nak baju raya kaler merah. Slalunya pink je jawabnye. So untuk tidak menghampakan dia dan sebab dia posa cukup 1bulan kitaorang ikutkan jek. hehehe...so dari ke anak ke mak abah anak semua merah ler jawabnya. Baju readymade je...x sempat nk tempah2...hehehe. Tu pon syukur ada gak kesempatan nk pakai baju baru raye ni......

Gambar pagi 1 Syawal bersama MY MIL & MY FIL

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)