Projek semalam untuk anak2 sedara dari N9. Buat pon tergesa2 masa blk keja..sebab diorang ada kat Umah MIL...so mengejar masa..koi 8 malam baru siap..terus wak ngan loyang2 skalai p umah mak...hehehe...alhamdulillah diorang suka...buat 3 biji saiz sederhana jek...abg ipaq pon suka... Terima kasih kak DJ atas resepinya...mohon share link dan copy resepi kat sini yer..nak tgk yg mabelessss klik SINI hokeyyy..memang sedaaappp..lagi2 kalau buat sos keju tu...besshhh. oh ya kali ni kita guna base yang ready made jek...
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Pizza base I :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base II :
2 cawan tepung roti
2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Topping/Filling : (2 large pizza)
400 g daging cincang (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum
hirisan bawang besar
keju parut
lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
Nota Kak DJ :***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat