Tuesday, 4 October 2011

Hepy Belated Besday Kakak & Kek Coklat Khariani buat My princess ....sedappppp punyaaaa

 Hepy belated besday buat anak ibu Hanis Syazwani....dh 6 tahun usianya. Cepat benar masa berlalu.Semoga anak ibu menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat.
Kek ni buat khas smlm untuk celebrate besday kakak...gembira bukan main lg bila tgk ada Minnie mouse atas kek tu..adik plak yg over  tak sabaq2 nk makan...Resepi amik dari Majalah SAJI keluaran Oktober 2011 daripada Nurul Khariani. Terima kasih yer tuan punya resepi...Kek coklat nih memang best. Gebus gebas yang amat...sedap sgt. Mmg kena ngan selera haku.Toppingnya haku guna resepi kak Zaima Noor Masri...mabelesss....


Kek Coklat Khariani
Sumber : MAJALAH SAJI Oktober 2011
Resepi oleh : Nurul Khariani Bte Bhakhtiar Afindi

Bahan:

180 gram mentega
250 gram gula kastor
3 biji telur
300 gram air
250 gram tepung gandum (ayak)
50 gram serbuk coklat (ayak)
1 sudu kecil serbuk penaik (ayak)
1 sudu kecik soda bikarbonat (ayak)

Cara:
1. Gula dan mentega dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan akhir sekali air.
4. Gaul hingga rata.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180C selama 50 minit hingga 60 minit.

Bahan utk Topping (kita guna topping resepi kak Zaima Noor Masri)

250 gram coklat masakan
30 gram mentega koko

Cara:
1. Masukkan bahan didalam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yang lebih besar berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat cair.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan ke atas kek coklat dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kreativiti sendiri.

No comments:

Post a Comment

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)