Assalamualaikum sumeee.......hehehhe. Arini haku offday okeh. Biasa la sebelah utara cuti minggu Jumaat Sabtu. So sambil2 basuh kain tu sempat gak haku godek2 kek yg best ni. Ternampak kat Umh CMG yg glamer tu. Resepi asal dari Kak Rima singapore...huhuhu....x tahan godaan nengok eh. Walaupon tak cukup bahan haku nekad nk buat juga...bak kata kak sudi jenih tak sabaq terketaq2 kalau nk apa2..hahahaha...lap u kak. U mmg memahami I.kehkehkeh......resepi ni kalau CMG derhaka skit haku derhaka la juga sebab haku tak dak buah-buahan segar. Haku letak je buah dalam tin tu, campoq skit ngan kismis dan tomato kering..hahhaha...dah yg tu je yg ada. Buah dalam tin tu aku sejat dan tekap2 skit ngan tisu. janji dia xtak berair kira orait la kan...hehehe. haku bab tamak mmg slalu buat. Bantai 2 adunan skali. So dia jd tebai skit sampai nk hangit buah2 tu semua. Apapon sedap gak kek tu (prasan gilosss). Wangi jek masa membakaqnya. Boleh gak bg kat Jiran sebelah. Td dia ada bg Macaroni bakar. Sedappppp.....Terima kasih pada Kak Rima dan Cik Mat Gebu. Halalkan yer resepi kita Copy Paste kat cni...
KEK PASTRY BUAH-BUAHAN
Sumber: RIMA@bisousatoi
Sumber: CMG@tiffinbiru
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega, mat guna SCS
150 gram gula kastor (resipi Rima, guna 180)
3 biji telur, dipukul sedikit
60 ml susu cair*
1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
210 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder (mat guna double-acting BP)
500 gram campuran buah2an segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( strawberry, blueberry, peach, kiwi, pisang atau apa2 buahan yang kurang berair)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit kertas tadi pada kiri dan kanan tin. Ketepikan.
- Putar mentega, gula dan bancuhan susu + oren sunquick hingga kembang. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + baking powder tadi, gaul rata.
- Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Tabur buah2an atas permukaan adunan, jangan tekan, jika guna buah2an pelbagai warna, susun ikut kreativiti anda. Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buah2an nampak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
- Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising jika suka sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba.
perghhh memang nampak sedap
ReplyDelete