Recent Posts

Monday, 10 October 2011

Kuih Kukus Bawang Goreng Kak Izah yg seeeedaaappp...

 Assalamualaikum dan selamat malam semua....heheheehe...hakuni dh mcm chipsmore plak kan? Sekejap ada sekejap tenggelam. Nak buat camna keadaan x mengizinkan haku meronggeng kat sini buat masa skrg..alhamdulillah malam ni dapat gak curi masa (sampai kena curi la..korang pikiaq la betapa dahsyatnya...hehehe) menempek kat umh kecik ku ini..windunya. Nk BW pon x dan. Dalam hati meronta jek nk merayap2 kat umh kengkawan semua.
Malam ni nak tepek kuih yang sedap resepi Kak Izah Daut..tenkiu akak...mmg sedap dan best kuih ni. Ngan aroma bawang goreng yg harum. Mmg best sgt. Terima kasih sudi share resepi...minta halal yer kak Na amik resepi akak. Kuih ni anak2 kite suka la pulak...ulang2 makan samapi esok paginya. Seronok pula bila anak2 makan camtu. Rasa berbaloi je haku buat. Haku buat 2 adunan pon tinggai mmg habisss. Sempat tapau skit kat jiran sebelah...Kak Izah minta izin ye share kat cni....Malam ni plan nk buat lg tp santan plak x de. Dh siap mik daun pandan pon. Esok la pulak kot..hehehehe. So sapa2 nk rasa keenaka
n leh ler cuba...

 

KUIH KUKUS BAWANG GORENG
Sumber : Kak Izah (Izah Muffin Lover)


3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


 *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    amboii sekejap timbul sekejap tengelam ek.. tak pe.. asal tak tinggal terus blog. hehe..

    terima kasih na sudi try resepi akak ni. dan alhamdulillah kena ngan selera. wah anak2 pun suke ye. anak2 akak makan jugak tapi tang bawang tu kena la potong. cantik la kuih tu.. suke je tengok..tq ye..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Kak Izahdaut.

    Terima kasih sudi komen kat dapoq kecik kite ni..x dampai lg tahap tenggelam terus..hehehe..

    Terima kasih juga sudi share resepi ni. Mmg kena ngan selera kita dan anak2.

    ReplyDelete

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)