Puding roti jerrr...sos kastad haku maleh nk buat. Sunggh aku ak sangka sedap ropanya puding neh. Huhuhu...dh lama dok KIV nak buat...mlm smlm tercapai juga hasrat. Bigboss pon suke juga ni. Walaupon tanpa sos kastad puding ni tetap marbelessssssssss.....Terima Kasih pada kak Hana yg dh lama tak dengaq habaq berita tu..mna la ngko kak....windu leee.
Resepi dicedok kat dapoq Mas Duniaku....terima kasih kepada semua yg terlibat. Halalkan resepi kite amik yerrr...
Puding Roti Sos Kastard
Resepi : Kak Hana
Sumber : Izahdaut
amik kat : dapoq MAS Duniaku
Bahan :
· 8 keping Roti
· * 500 ml Susu segar
· * 4 sudu besar Gula halus
· * 2 sudu besar Butter- cairkan
· * 2 biji Telur
· * 1 sudu teh Esen vanilla
· * 1 sudu besar Tepung Jagung
· * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
· 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard :
· 1 tin susu cair
· 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
· 2 s/b gula
Cara membuatnya :
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi
aku dah buat yg ni, mmg sedap, anak2 pun suka tambah2 biaq sejuk dlm peti ais....besttt
ReplyDelete