Wednesday, 9 February 2011

Dinner ngan Kueyteow Ladna je


Huhuhu...Assalamualaikum dan selamat malam yerr. Baru abis kemas dapoq mai lepak nk tepek menu main masak-masak malam ni. Resepi hasil skodeng kat umah orang niii...hehehe. Smlm mee soto. Malam ni haku godeh2 Koeyteow Ladna pula...Resepi amik kat MYResipi. Resepi dari Sunkist. Sedap. Best. Makan pula panas-panas. Memang layan beb. Terima kasih kepada tuan punya resepi sbb berkongsi.So haku nk minta izin la dr tuan punya resepi nk CnP kat cni. Len kali senang nk rujuk bila nk buat lagik...Bigboss aka Mr.Hubby pon cakap ok..maknenya sedap la tu kan..hehehehee


Kueyteow Ladna
Bahan-bahan ( 2 orang )
Sumber: sunkist @ MyR
  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 cawan brokoli
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 sb taucu (yellow bean sauce)(haku x letak sbb x de stok)
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb maggi seasoning
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper
Cara-cara
  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white peppe

2 comments:

  1. best ni..kalau bubuh cili api ni lagi mabeles ni..sedapnya!:)

    ReplyDelete
  2. mmg besh nieza. Na letak juga 2bj cili api....ehehee

    ReplyDelete

Labels

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (91) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheese (1) Cheesecake (16) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (23) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (26) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (2) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Stori Mori (2) Stori Mory (1) Story mory (143) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)